19
Mon, Aug
23 Artikel Baru

DZN: Kit Siang patut tutup mulut, henti bercakap!

Berita
Typography
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya menutup mulut dan tidak lagi untuk bercakap menyentuh perihal pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik (DZN), demikian peringat Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Che Abdullah Mat Nawi.
 
Pengarah Program Dr Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019 itu berkata, YB Lim Kit Siang telah dijemput secara rasmi ke program kemuncak ceramah Dr Zakir di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat 9 Ogos lalu.
 
Menurutnya, pihak beliau telah mengajukan jemputan tersebut dengan membuka peluang Penasihat DAP itu berhadapan sendiri Dr Zakir untuk berhujah secara baik, termasuk ditawarkan kemudahan penginapan dan pengangkutan. 
 
"Jemputan itu dibuat setelah YB Lim Kit Siang membuat kenyataan sinis agar Dr Zakir Naik pulang ke India secara sukarela. Jemputan itu sepatutnya diambil peluang oleh beliau untuk menyatakan apa-apa ketidakpuasan hatinya terhadap Dr Zakir Naik dan boleh menyoal secara berdepan. 
 
"Saya juga menyarankan YB Lim Kit Siang bawa pembantu-pembantu kiranya perlu untuk berhujah. Selain surat rasmi yang dihantar direct ke alamatnya, saya juga telah membuat jemputan terbuka dalam satu ceramah yang dipetik media dan viral dengan begitu meluas dalam media baru. 
 
"Dewan Pemuda PAS Kelantan pula telah memanjangkan salinan surat jemputan ke Pejabat DAP Negeri Kelantan untuk disampaikan kepada beliau. Saya juga memastikan pihak Urusetia menyediakan kerusi untuk YB Lim Kit Siang dibawah khemah VVIP bersama YAB Menteri Besar Kelantan, barisan Exco dan pimpinan Negeri, Ahli-ahli Parlimen dan Adun-adun. 
 
"Lama kami menanti YB Lim Kit Siang tak kunjung tiba. Alangkah baiknya kira apa yang dikemukakan hari ini, dikemukakan terus kepada Dr Zakir Naik pada malam tersebut apabila peluang seluas-luasnya dibuka kepada beliau untuk berhujah. Takut apa 'YB Ku'?" soal beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Kelantan.
 
Kit Siang semalam terus mempertikaikan Dr Zakir Naik yang dituduhnya menyalah guna keistimewaan menjadi Penduduk Tetap dan mewujudkan ketegangan, salah faham serta konflik antara agama dan kaum di Malaysia. - HARAKAHDAILY 13/8/2019
IMG 20190813 WA0001