19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Korban Santai Kalabakan erat perpaduan PAS-Umno

Berita
Typography

KALABAKAN: Kebersamaan dan perpaduan antara PAS dan Umno Parlimen Kalabakan terserlah dalam Program Korban Santai Umno dan PAS Kalabakan yang berlangsung di Taman Kingfook, Tawau, di sini semalam.

Kerjasama julung kali antara dua parti ini dalam menjayakan program kemasyarakatan ini sekali gus menyahut seruan untuk mengembangkan agenda perpaduan ummah yang terdahulu diikat di peringkat Pusat.

Yang DiPertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah menyifatkan program tersebut merintis langkah permulaan kerjasama kedua pihak selepas ini.

Katanya, banyak usaha untuk memperjelaskan agenda tersebut kepada masyarakat perlu disampaikan ke akar umbi, selain menangani perbuatan pihak tertentu yang cuba mengelirukan hal itu.

Program seawal 7 pagi itu bermula dengan gotong-royong menyembelih, melapah dan memasak seekor lembu sebelum semua hadirin berukhuwah makan bersama masyarakat setempat.

Pimpinan PAS Kalabakan yang hadir sama adalah Naib Yang DiPertua, Usman Madeaming dan Timbalan Ketua Muslimat, Norjannah Jam Jam, manakala pimpinan Umno Kalabakan ialah Pemangku Ketua, Andi Muhamad Suryadi dan Ketua Wanita, Chaya Sulaiman. - HARAKAHDAILY 13/8/2019

IMG 20190813 WA0048