19
Mon, Aug
22 Artikel Baru

Program Korban PAS Batu Sapi tiba di Pulau Sanghai

Berita
Typography

BATU SAPI: PAS Kawasan Batu Sapi telah berpadu tenaga menjalankan ibadah korban bersama-sama dengan para penduduk setempat di Kampung Pulau Sanghai, di sini semalam.

Program ini bertujuan memupuk hubungan silaturahim yang lebih erat dalam kalangan ahli PAS Batu Sapi dengan penduduk kampung, di samping mengagihkan daging korban kepada golongan asnaf.

Kehadiran ramai penduduk telah memeriahkan majlis dengan menyembelih empat ekor lembu dan bergotong-royong melapah serta memasak daging korban seawal jam 7 pagi lagi.

Menurut Imam Kampung Pulau Sanghai, Sebarudin Madun, ibadah korban ini adalah julung kalinya diadakan sejak 42 tahun beliau menetap di perkampungan tersebut.

Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu menyeru masyarakat penduduk kampung agar berazam untuk melaksanakan ibadah qurban sendiri pada tahun hadapan.

“PAS Batu Sapi telah lama menjalin hubungan dengan penduduk Pulau Sanghai. Hubungan ini  terjalin bermula tahun 2011 lagi sejak Surau Harakah dibina,” ucap beliau dalam majlis serahan agihan daging korban kepada penduduk.

Beliau turut menyebut beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk terutamanya berkaitan isu bekalan air bersih dan elektrik dan berharap pihak pemerintah dapat menyelesaikannya. - HARAKAHDAILY 13/8/2019

IMG 20190813 WA0074

IMG 20190813 WA0071

IMG 20190813 WA0070

IMG 20190813 WA0068

IMG 20190813 WA0067