15
Tue, Oct
19 Artikel Baru

Jadikan masjid dan surau pusat pendidikan muallaf

Berita
Typography

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah mencadangkan supaya kerajaan menjadikan semua masjid dan surau di seluruh Sabah sebagai pusat pendidikan saudara kita (muallaf).

Ini berikutan terlalu banyak permintaan melalui Pusat Aduan Rakyat (PAR) yang diwujudkan oleh PAS di hampir seluruh kawasan parlimen di negeri Sabah.

Kerajaan juga sepatutnya menyediakan peruntukan khusus kepada masjid dan surau untuk menjalankan aktiviti seumpama ini.

PAR menerima banyak aduan mengenai saudara kita (muallaf) khusunya yang masih belum boleh membaca al-Quran dan juga sembahyang. Sedangkan kedua-dua perkara ini adalah terlalu asas dalam Islam.

Saya beranggapan sudah sampai masanya peranan masjid dan surau diperkasakan khususnya di luar bandar yang susah untuk akses kepada kemudahan pendidikan Islam yang lebih sempurna.

PAS Sabah sedia memberi kerjasama sebaiknya khusunya dari segi pandangan, cadangan atau tenaga pengajar. Ini atas dasar kesedaran bahawa kerja seumpama ini adalah tanggungjawab semua.

Golongan muallaf ini mesti dibela dan diberi pendidikan dan hak untuk memahami agama sepenuhnya supaya mereka juga boleh beramal dengan Islam yang lengkap berdasarkan al-Quran.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah
14 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 14/8/2019