19
Mon, Aug
23 Artikel Baru

BBQ Santai dekatkan anak muda dengan PAS

Berita
Typography

TASEK GELUGOR: Pemuda PAS Cawangan Simpang Tiga Lahar Yooi telah menganjurkan Sembang BBQ Santai bertempat di perkarangan rumah Ketua PAS Simpang Tiga Lahar Yooi, Arshad Salleh, di sini semalam.

Program ini adalah salah satu inisiatif Pemuda PAS Simpang Tiga Lahar Yooi untuk mendekati golongan muda dan remaja supaya mereka dapat berjinak-jinak dengan aktiviti dan program PAS yang diadakan.

BBQ Santai ini turut diserikan lagi dengan taujihat Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Abd Razib Abd Rahim dan turut sama hadir adalah mantan calon PAS Parlimen Tasek Gelugor, Rizal Hafiz Ruslan.

Ustaz Abdul Razib dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya berkorban demi Islam dan mengingatkan para pemuda supaya bersama bersatu hati demi Islam dalam segala gerak kerja yang dijalankan.

Ketua Pemuda PAS Simpang Tiga Lahar Yooi, Nasir Khalid berkata, program dan aktiviti dirancang pihaknya akan sentiasa memfokuskan kepada generasi muda dan remaja di Cawangan itu. - HARAKAHDAILY 14/8/2019

IMG 20190814 WA0026