19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Lantik Presiden MPS yang penuhi aspirasi penduduk

Berita
Typography

SANDAKAN: PAS Kawasan Sandakan berharap agar Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bakal dilantik nanti adalah tokoh yang boleh memahami aspirasi masyarakat penduduk bandar tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, ia mestilah sesuai dengan kehendak penduduk yang mahukan Presiden MPS berperanan dan boleh bekerjasama dengan semua pihak.

"Lebih-lebih lagi dapat mendengar aduan dan rintihan mereka," ujarnya mengulas penamatan kontrak Presiden MPS, Datuk Peter Hii ketika ditemui di Bandar Indah, di sini hari ini.

Ekoran beberapa kontroversi pernah terpalit, beliau mengingatkan agar Presiden baharu nanti bersikap adil dan saksama dalam urus tadbir kerajaan tempatan kepada semua golongan dan memberi impak baik kepada penduduk.

Sahar juga selaku Yang DiPertua PAS Sandakan menyarankan agar kerajaan sendiri melantik tokoh dalam kalangan anak tempatan iaitu warga Sandakan bagi memegang jawatan penting itu agar latar belakang dan kerencaman di situ ditangani sebaiknya. - HARAKAHDAILY 14/8/2019