19
Mon, Aug
23 Artikel Baru

Kerbau pilihan korban warga Kg Paya Kechik

Berita
Typography

TEMERLOH: PAS Cawangan Kampung Paya Kechik telah menjayakan program ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang diadakan di Markas Darul Islah, Kampung Paya Kechik, di sini kelmarin.

Program tahunan melibatkan masyarakat para penduduk kampung ini bertujuan melaksanakan tuntutan ibadah, selain menjalin hubungan ukhuwah antara penduduk dan pimpinan PAS tempatan.

Mendapat 21 penyertaan bahagian korban, sebanyak tiga ekor kerbau telah dikorbankan di mana kerja-kerja sembelihan, melapah dan memasak telah dimulakan seawal pagi dan berakhir sebelum waktu Zohor.

Daging korban tersebut telah diagihkan kepada golongan asnaf dan peserta dengan turut memeriahkan pemberian tersebut adalah Ketua Kampung Paya Kechik, Abdul Aziz Abu Bakar.

Turut membantu menjayakan adalah para anggota Jabatan Amal, selain para amilin PAS dan penduduk sekitar yang hadir menghayati erti pengorbanan sunnah warisan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S. - HARAKAHDAILY 14/8/2019

IMG 20190814 WA0069

IMG 20190814 WA0073