19
Mon, Aug
21 Artikel Baru

Majlis korban PAS Lipis turut disertai Ahli Parlimen

Berita
Typography

LIPIS: PAS Kawasan Lipis telah menjayakan majlis korban sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang telah dilangsungkan dengan jayanya di Markas Darul Adnin, Kampung Tempoyang, di sini kelmarin.

Program seawal jam 7:30 pagi itu telah turut sama dijayakan oleh ahli-ahli PAS dan penduduk kampung setempat yang mahu menghayati ibadah penuh iktibar buat seluruh umat Islam khususnya.

Malah, majlis ini turut melakar sejarah, apabila buat julung kalinya disertai sama Ahli Parlimen Umno Lipis, Dato' Seri Abdul Rahman Mohamad yang berkorban seekor dari lapan ekor lembu semuanya pada kali ini.

Bahkan, beliau turut menyertai ahli-ahli PAS dan penduduk melaksanakan kerja penyembelihan, melapah hingga pengagihan dilakukan kepada golongan asnaf terutamanya.

Pimpinan PAS Lipis yang turut hadir adalah Yang DiPertua, Roslan Zainal serta Timbalan dan Naib Yang DiPertua, Ustaz Roslan Harun dan Dr Wan Azlan Wan Adnan, selain Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Ishak Sat dan ramai lagi.

Pihak PAS Lipis turut menyatakan komitmen untuk program ibadah seperti ini diperluaskan lagi penganjurannya pada tahun-tahun berikutnya dalam mengeratkan juga ukhuwah sesama masyarakat. -HARAKAHDAILY 14/8/2019

IMG 20190814 WA0096

IMG 20190814 WA0095

IMG 20190814 WA0094