18
Wed, Sep
50 Artikel Baru

Pulau Pinang akan jadi Singapura kedua - UMMAH

Berita
Typography

BAYAN BARU: Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa menyifatkan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) bakal menjadi Singapura kedua yang akan dikuasai pihak antarabangsa.

Katanya, rakyat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Malaysia amnya akan berhadapan ancaman berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara secara keseluruhannya yang menuntut kebangkitan bersama rakyat untuk membantahnya.

Himpunan diramaikan ribuan hadirin atas nama Himpunan Ummah Selamatkan Pulau Pinang ini dilangsungkan di hadapan lokasi bakal dibangunkan projek mega tersebut iaitu di Permatang Damar Laut, di sini sebentar tadi.

Bertema putih yang menjadi pakaian kebanyakan peserta, mesej supaya PSR dibatalkan menjadi desakan diungkap oleh semua pemidato terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik terutama daripada PAS dan Umno.

Pimpinan PAS dilihat paling memberi sokongan padu di mana antara yang hadir adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad serta Ahli-ahli Parlimen dan Pesuruhjaya PAS dari beberapa negeri.

Antara kelihatan adalah Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, serta Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Juga Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Ustaz Ahmad Yahya (Kedah), Razman Zakaria (Perak) serta Ustaz Abdullah Husin (Johor).

Turut bersama dan berucap adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Dato' Musa Syeikh Fadzir. - HARAKAHDAILY 8/9/2019