22
Tue, Oct
24 Artikel Baru

Bubur Asyura hasil muafakat PAS-Umno Gombak

Berita
Typography

GOMBAK: Muslimat PAS Kawasan Gombak dan Wanita Umno Bahagian Gombak telah mengadakan Gotong-Royong Kebersihan dan Kacau Bubur Asyura Muafakat di Surau Mahyong, Kampung Wira Damai, di sini semalam.

Program dengan kerjasama Pemuda PAS Gombak dan dan Pemuda Umno Gombak ini bertujuan untuk melaksanakan aktiviti kebajikan dengan bergotong-royong serta mengagihkan bubur lambuk dan bubur Asyura kepada penduduk di Kampung Wira Damai.

Program ini juga memberi kesempatan kepada pihak PAS dan Umno untuk beramah mesra dengan penduduk sekitar, selain dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara PAS Gombak dan Umno Gombak.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Setiausaha PAS Gombak, Khairul Fahmi Mat Som yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Taufik Yusof dan juga Ketua Pemuda Umno Gombak, Ahmad Feardaus Daud serta Ketua Muslimat PAS Gombak, Dr Mardhiyah Hayati Salleh.

Menurut Ustaz Taufik, dengan mengambil kesempatan di bulan Muharam, program kerjasama antara PAS dan Umno ini bertujuan menyantuni penduduk dan memberitahu bahawa inilah kerjasama dan gabungan terbaik yang perlu mendapat sokongan dan dokongan  umat Islam.

Program Muafakat ini telah di hadiri kira-kira lebih 50 petugas yang terdiri daripada ahli PAS Gombak dan juga ahli Umno Gombak. -HARAKAHDAILY 9/9/2019

IMG 20190909 WA0011

IMG 20190909 WA0009

IMG 20190909 WA0007

IMG 20190909 WA0008