18
Wed, Sep
50 Artikel Baru

Aktiviti memanah Muslimat Lumut tarik non-Muslim

Berita
Typography

LUMUT: Lajnah Dakwah bersama Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Kawasan Lumut telah menganjurkan aktiviti memanah di Padang Kolej Vokasional Seri Manjung, di sini kelmarin.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai sukan sunnah memanah serta kaitannya dengan kesihatan.

Penganjuran ini telah menarik minat serta mendekatkan diri bukan-Muslim dari kaum India untuk menyertai disamping memperkenalkan PAS melalui aktiviti memanah secara santai bersama mereka.

Suntikan semangat telah diberikan oleh Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abdul Rahman diakhir program di mana beliau menggalakkan lagi usaha untuk menganjurkan pelbagai aktiviti perpaduan kaum di Malaysia ini, khususnya di Lumut.

"Kepentingan sukan memanah dalam aspek kehidupan dibandingkan sukan-sukan yang lain adalah seperti melatih diri lebih sabar, tenang dan fokus menghadapi sesuatu pekerjaan.

"Semua peserta diharapkan dapat memanfaatkan kemahiran dan pengalaman yang diperolehi terutama dalam gerak kerja berjamaah," katanya.

Selain itu, beliau turut menekankan perpaduan perlu diperkukuhkan antara Muslim bersama bukan-Muslim serta bertukar pendapat dan boleh merancang untuk aktiviti bersama pada masa akan datang.

Antara yang turut terlibat dalam sukan memanah ini adalah anggota Muslimat PAS Lumut, Guru-guru PASTI Lumut dan Kawasan Teluk Intan, Guru-guru KAFA Seri Manjung dan remaja bukan-Muslim. - HARAKAHDAILY 9/9/2019

IMG 20190909 WA0017

IMG 20190909 WA0018