22
Tue, Oct
24 Artikel Baru

Warga emas tidak sabar tunggu 14 Sept

Berita
Typography

KANGAR: Warga emas yang pernah menyaksikan peristiwa perpecahan orang Melayu sejak merdeka antara golongan yang paling gembira menanti detik 14 September ini.

Rata-rata mereka ketika ditemui seperti teruja untuk melihat orang Melayu kembali bersatu seperti ketika menentang penjajah sebelum ini.

jalilPesara Telekom, Abdul Jalil Abdul Fatah, 70, berkata, beliau antara orang yang begitu teruja menanti detik penyatuan dua parti besar di Tanah Melayu.

Katanya, apabila orang Islam kembali bersatu sudah tentu ummah akan menjadi lebih kuat.

“Perkara-perkara seperti inilah yang dinantikan pakcik sejak sekian lama. Saya rasa bersemangat dengan penyatuan yang berlaku sekarang.

“Ia juga penting kepada kekuatan Islam. Apapun segala gerak kerja mesti berpangkalkan Islam. Saya seperti tidak sabar menunggu detik itu,” katanya di sini.

yahyaPesara guru Kafa, Yahya Hasan, 72, pula berkata, dasar perjuangan PAS dan Umno tidak mempunyai perbezaaan yang ketara.

“Pada saya PAS memperjuangkan agama, manakala Umno mengutamakan bangsa daripada agama. Jadi ia tidak menjadi halangan yang besar untuk kita bersatu kembali,” ujarnya.  – HARAKAHDAILY 9/9/2019