18
Wed, Sep
50 Artikel Baru

Dr Maszlee atau Dato' Dr Amin yang berbohong?

Berita
Typography
MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini menyatakan “adalah tidak munasabah perkara seperti penutupan 21 Institut Pendidikan Guru ini dibincangkan ketika Kementerian Pendidikan sedang berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam latihan perguruan”.
 
Sebelumnya pula, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, dilaporkan oleh akhbar Berita Harian sebagai “mengesahkan bahawa cadangan penutupan beberapa Institut Pendidikan Guru memang ada dibincangkan pada peringkat Kementerian Pendidikan”.
 
Perkara ini amat mudah untuk diselesaikan kerana isunya hanyalah benar atau tidak penutupan Institut Pendidikan Guru ini dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan, kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran. 
 
Apabila wujud dua kenyataan yang bertentangan antara satu sama lain maka pastilah salah seorang daripada Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran bercakap bohong kerana tidak munasabah untuk kedua-duanya kenyataan yang saling bercanggah adalah benar kedua-duanya, jadi siapakah yang berbohong?
 
Institusi perguruan adalah institusi yang sangat penting kerana ia melibatkan pendidikan masa depan pewaris negara pada masa depan. Maka sewajarnya, perkara yang sangat penting ini diuruskan secara profesional.
 
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 10/9/2019