22
Tue, Oct
24 Artikel Baru

PKD Beserah sedia khidmat pinjam katil hidraulik

Berita
Typography

INDERA MAHKOTA: Muslimat Cawangan Balok Perdana telah menyertai penyerahan katil hidraulik untuk pesakit strok oleh Pusat Khidmat Dun Beserah di Balok Perdana, di sini kelmarin.

Katil ini dihantar dan dipasang sendiri oleh Adun Beserah, Andansura Rabu dan pembantunya, Ali Akbar Othman yang turut memaklumkan bahawa katil pesakit itu dibeli hasil sumbangan orang ramai.

Seiringan dengan penyerahan itu, Ketua Muslimat Balok Perdana, Ustazah Zaimah Mohamad turut menyampaikan sumbangan kepada Mek Som Saud, 78 yang mengidap strok setahun lalu dan semakin serius sejak mutakhir ini.

Serahan sumbangan itu diterima menantunya, Rohaida Mohamad, yang baru pulang bersama suaminya, Ahmad Shabki Mohamad dari menunaikan ibadah haji.

Buat masa ini Pusat Khidmat Dun (PKD) Beserah memiliki 14 katil dan semuanya berada di rumah rumah pesakit kerana masih digunakan.

"Apapun katil pesakit seumpama ini sentiasa ada permohonan pinjaman dari masyarakat setempat, selain kerusi roda dan semua permohonan tersebut berada di dalam senarai menunggu," ujar beliau lagi.

Peminjam yang layak memohon katil dari PKD Beserah ialah seluruh masyarakat penduduk setempat Dun ini dan katil akan diambil kembali selepas ia tidak diperlukan lagi di rumah tersebut.

Pun demikian kutipan derma untuk membeli katil masih dibuka dan sumbangan tersebut boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PKD Beserah 06019010077387 atau hubungi talian 0199155322 atau 0139180771 untuk pertanyaan lanjut.

Berita lebih lanjut menyerahan katil boleh ikuti laman Facebook PAS Dun Beserah. - HARAKAHDAILY 11/9/2019

IMG 20190911 WA0026

IMG 20190911 WA0023

IMG 20190911 WA0022