18
Wed, Sep
50 Artikel Baru

PAS-Umno lambang kesejahteraan negara

Berita
Typography
PAS Perak kecewa dengan sikap dendam tidak berkesudahan PAN melalui kenyataan Pengerusi PAN Selangor Saudara Izham Hashim bahawa penyatuan PAS dan Umno berbahaya untuk Malaysia.
 
Dendam dan dengki inilah sikap yang sebenarnya bahaya. Apakah PAN tidak boleh berfikir dengan rasional? Mana mungkin apabila bangsa bersatu Malaysia bahaya. Sejak dari tadika sehingga  ke universiti diajarkan bahawa semua bangsa dan kaum harus hidup dalam perpaduan dan penyatuan. Sampai zaman PH memerintah, mereka kata penyatuan Melayu itu bahaya!
 
Maklum balas rakyat khususnya di Perak amat gembira dengan penyatuan ini. Ekonomi, politik dan sosial mesti diurus dalam kerangka Malaysia semasa persetujuan pembentukan perlembagaan diwaktu kemerdekaan. Fahami kontrak sosial yang terhasil ketika kemerdekaan ingin dicapai. Ini fakta sejarah yang terlakar melalui kesatuan Melayu dan perpaduan kaum di Tanah Melayu.
 
Pemerintahan PH dalam tempoh tidak sampai 2 tahun seolah-olah membuka kunci bom jangka pergaduhan antara kaum. Penyatuan PAS-Umno memberi cahaya mematikan suis api yang permusuhan yang dinyalakan oleh pimpinan PH. Akar umbi PAS dan Umno  menyambut baik penyatuan ummah ini dan dalam masa yang sama  mengeratkan lagi hubungan di antara kaum lain.
 
PAS Perak meyakini apabila Melayu selaku bangsa dominan negara bersatu, jurang ekonomi antara kaum dapat dirapatkan, politik negara semakin stabil dan sistem sosial juga semakin baik. PAS Perak juga mengulangi pendirian, kesejahteraan Malaysia adalah berteraskan kepada perpaduan kaum yang unik di Negara kita. Justeru penyatuan Melayu tidak menjejaskan hubungan diantara kaum malahan perpaduan antara kaum juga akan semakin erat pasca penyatuan ini.
 
PAS Perak menyeru semua ahli PAS dan ahli Umno untuk bersama hadirkan diri ke Himpunan Perpaduan Ummah  pada 13 dan 14 September ini yang akan diadakan di PWTC. Semoga Allah meredhai usaha murni kita dalam membangunkan  بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
 
YB HJ RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Adun Gunung Semanggol - HARAKAHDAILY 11/9/2019