22
Tue, Oct
24 Artikel Baru

Sindiket MyKad: Jejak dan rampas MyKad tidak sah

Berita
Typography
PENANGKAPAN yang dilakukan terhadap sindiket penjualan MyKad seperti yang didedahkan pihak media menuntut kepada suatu tindakan drastik untuk menjejaki serta merampas semula kesemua MyKad yang telah dijual. 
 
Kes penjualan MyKad kepada warga China tidak lebih seperti menggadaikan kedaulatan negara ini kepada pihak luar apatah lagi aspek kewarganegaraan adalah aspek yang sangat penting dan tidak sesekali boleh ditukar ganti. 
 
Selain operasi penangkapan dalang disebalik sindiket berkenaan, pihak Kerajaan digesa supaya menjejaki serta merampas semula kesemua MyKad tersebut disebabkan mereka yang 'membeli' MyKad daripada pihak sindiket tidak layak mendapat kewarganegaraan di Malaysia. 
 
Kebimbangan ini juga timbul disebabkan beberapa dakwaan sesetengah pihak di media sosial mengenai warga China yang mempunyai dua kewarganegaraan. Sudah pasti ia suatu bentuk pengkhianatan yang besar terhadap negara dan wajar ditangani secara komprehensif.
 
“Islam Memimpin Perpaduan”
 
YB SENATOR DATO' HAJI HUSAIN AWANG
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Negara - HARAKAHDAILY 11/9/2019