18
Wed, Sep
50 Artikel Baru

PAS Tapah sedia hantar delegasi jayakan HPU914

Berita
Typography

TAPAH: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria dalam lawatan kerjanya ke Tapah telah memberikan ceramah di Markas PAS Kawasan Tapah, di sini kelmarin.

Ceramah yang turut menyentuh isu semasa ini diadakan bertujuan memberi peringatan dan penerangan kepada ahli PAS Tapah mengenai kepentingan ta'awun siyasi.

Program dianjurkan oleh Assabiqun dan PAS Kawasan Tapah ini juga turut disiar secara langsung di Facebook dan dihadiri Yang Dipertua PAS Tapah, Osman Maseri serta Ketua Umno Bahagian Tapah, Ishsam Shahruddin.

Razman berkata, isu-isu yang timbul sejak mutakhir ini perlu dilihat kembali puncanya dan anak muda perlu tahu sejarah Malaysia bagi menangkis kefahaman yang salah terutama apabila meletus sesuatu isu.

Sementara itu Osman menyahut seruan untuk menghadirkan diri ke Himpunan Ummah sempena menandatangani piagam kerjasama antara PAS dan Umno pada 14 September nanti.

Maklum beliau, pihak PAS Tapah menyeru ahli untuk turut sama di mana kemudahan bas turut disediakan. - HARAKAHDAILY 11/9/2019

20190911 151906