22
Tue, Oct
24 Artikel Baru

Ibrah Hijrah dalam membina kejayaan Islam

Berita
Typography

TEBRAU: Kesempurnaan dan kecemerlangan Islam telah terbina dari komitmen dakwah dan perjuangan yang disertai oleh semangat pengorbanan dan perancangan dari peranan juga tanggungjawan pendukungnya.

Mesej tersebut dikemukakan Yang Dipertua Dun Terengganu, Dato' Yahya Ali semasa mengisi Liqa' Thaqafi PAS Kawasan Tebrau yang telah diadakan di Balai Islam Tuan Guru Nik Aziz, di sini semalam.

Beliau menerangkan mengenai penghijrahan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan negara Islam Madinah di mana tidak berlaku spontan, sebaliknya secara berperingkat bermula dari Bai'ah Aqabah Pertama dan Kedua.

Malah, ianya juga didirikan dari usaha Rasulullah menyatukan dua puak yang telah bertelagah sekian lama iaitu 'Aus dan Khazraj, sekali gus memberi mesej bahawa tugas agama menuntut komitmen seluruh ahli.

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Tuan Guru Abdullah Husin turut mengupas mengenai hijrah yang dikaitkannya dengan tempoh masa panjang sebagaimana jatuh bangun di Terengganu sebagai negeri pertama diperintah PAS.

Jelasnya, kesabaran dan istiqsmah perjuangan inilah hingga membawa kepada sejarah bakal dilakar pada 13 dan 14 September ini menerusi Piagam Penyatuan Ummah akan dimeterai PAS dan Umno di PWTC.

Namun peringat beliau, kemenangan abadi dijanjikan Allah S.W.T kepada para pejuang Islam adalah redha dan syurga-Nya, manakala kemenangan dari sudut politik adalah janji Allah untuk di dunia sahaja.

Hadir sama pada majlis ini adalah Yang DiPertua PAS Tebrau, Ustaz Khirul Muntazanar Ismail yang juga Naib Ketua Ulamak PAS Pusat dan Naib Yang DiPertua PAS Tebrau, Ustaz Azman Atmin. - HARAKAHDAILY 11/9/2019

IMG 20190911 WA0062

IMG 20190911 WA0059