22
Tue, Oct
24 Artikel Baru

Royalti: Dolak dalik kerajaan Pusat

Nazri Deraman membincangkan isu royalti dengan Menteri Besar dan Exco.

Berita
Typography

KOTA BHARU:  Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berdolak dalih berhubung bayaran royalti petroleum terhadap Kelantan akan mengundang kebangkitan rakyat.

Presiden Pertubuhan Royalti (R), Nazri Deraman berkata, sekiranya ia masih berterusan berkemungkinan besar rakyat Kelantan bangkit kembali memperjuangkan hak mereka.

Katanya sehingga sekarang kerajaan pusat masih enggan membayar royalti walaupun kerajaan negeri telah mengikut kehendak dan syarat yang dicadangkan mereka.

“Kami mempersoalkan apakah sebenarnya yang berlaku. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali beberapa kali memberikan jaminan menjelaskan bayaran royalti.

“Namun Kementerian Kewangan pula seakan-akan membuat kenyataan sebaliknya,” kata beliau di sini.

Pada 18 September lalu Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dilapor berkata, pihaknya akan melaksanakan pembayaran sekiranya ada keputusan kerajaan dan kabinet.

Pada 24 Oktober 2018 kerajaan negeri mengumumkan menarik balik saman terhadap Petronas berikutan keengganan membayar royalti petroleum terhadap Kelantan.

Malah pada 3 November 2018 Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberitahu kerajaan pusat tidak membayar royalti terhadap Kelantan kerana disaman kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 2/10/2019