22
Tue, Oct
25 Artikel Baru

Hospital USM sedia klinik bergerak

Dr Nik Adilah Nik Othman membuat pemeriksaan endoscopy dalam klinik bergerak.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian menawarkan perkhidmatan klinik bergerak khusus kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kelantan.

Naib Canselornya Prof Dato' Dr Asma Ismail berkata, kemudahan itu disediakan hasil kerjasama antara Yayasan Merican dan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dengan kos RM2.2 juta.

"Dua bas bersaiz sederhana yang direka bentuk sebagai klinik bergerak menyediakan perkhidmatan kepada penduduk yang memerlukan rawatan.

"Terutamanya bagi warga emas, OKU yang tidak mempunyai kemudahan serta akses kepada perubatan, kemiskinan serta kesukaran mendapat pengangkutan," katanya kepada pemberita pada perasmian Program Libatsama Komuniti USM-Merican di Kampus Kesihatan Kubang Kerian, hari ini.

Turut hadir Pakar Perunding Ortopedik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dato’ Dr Mahmood Osman Merican; Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian Prof Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim dan Dekan PPSP, Prof Dr Shaiful Bahari Ismail. – HARAKAHDAILY 2/10/2019