22
Tue, Oct
24 Artikel Baru

Persatuan sukan akur pakaian patuh syariah

Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berucap merasmikan kursus kenegaraan sekolah Yik.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Lima persatuan sukan di Kelantan menyambut positif syarat kerajaan negeri yang meminta semua atlet memakai pakaian patuh syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, lima persatuan sukan terbabit mereka menyambut baik syarat yang dikenakan.

Katanya, setiap atlet yang akan beraksi sama ada sukan bola sepak, takraw, hoki dan sebagainya wajib memakai pakaian sukan patuh syariah.

“Alhamdulillah hasil pertemuan dengan pihak mereka baru-baru ini, wakil-wakil persatuan akur dan positif berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Kursus Kem Kenegaraan pelajar-pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Yik (Bahagian Sekolah), Ustaz Che Kamaruddin Kamil dan pengarah program Ustaz Harun Ismail. – HARAKAHDAILY 4/10/2019