26
Wed, Jul
31 Artikel Baru

PRU14: PAS tetap pertahan Kelantan

Berita
Typography

PAS akan mempertahankan Kerajaan Kelantan walaupun terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata pihaknya akan menghadapi sebarang kemungkinan untuk mempertahankan negeri itu pada PRU14 nanti.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2007 di Kota Bharu, hari ini.

“BN  tetap kekal sebagai musuh politik tradisi PAS kecuali perkara yang berkaitan kepentingan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan Pakatan Harapan akan menang pada PRU14 di Kelantan.

Menurutnya, tiada fakta yang membenarkan dakwaan itu.

Tambahnya, PAS tidak boleh menghalang sekiranya mana-mana parti mahu bertanding di kelantan kerana demokrasi membenarkannya.- HARAKAHDAILY 7/5/2017