26
Wed, Jul
31 Artikel Baru

Benteng memartabat Islam di Selangor

Berita
Typography

DEWAN Ulamak PAS Negeri Selangor memanjatkan doa semoga ahli jawatankuasa perhubungan negeri yang akan dibentuk selepas ini adalah amilin yang akan meningkatkan secara optimum gerak kerja pilihan raya.

Ketuanya, Ustaz Riduan Rahmat berkata, ia sekali gus menjadi benteng utama memartabatkan Islam dan perjuangan PAS di bumi Selangor ini.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan, semalam berhubung pembentukan saf PAS Pusat dan pesuruhjaya PAS negeri-negeri, sebagaimana di bawah.

Pengumuman rasmi pada 6 Mei 2017 oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan barisan baru saf Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta pesuruhjaya negeri bagi sesi 2017-2019.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor merakamkan jutaan penghargaan atas lantikan pesuruhjaya negeri yang baru iaitu YB Ustaz Sallehen Mukhyi. Pemilihan yang dibuat sudah pasti menjurus ke arah persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

DUPNS menyokong penuh perlantikan tersebut berdasarkan kewibawaan kepimpinan, keilmuan dan pengalaman politik beliau yang luas, mampu memantapkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertunjangkan Al-Quran dan Al-Hadis di persada politik Malaysia.

Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada YB Datuk Iskandar Abdul Samad yang merupakan mantan pesuruhjaya negeri dan AJK BPPNS bagi sesi lalu yang telah melaksanakan tugas dengan amat baik.

Kami memanjatkan doa semoga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri yang akan dibentuk selepas ini adalah amilin yang akan meningkatkan secara optimum gerak kerja pilihan raya sekali gus menjadi benteng utama memartabatkan Islam dan perjuangan PAS di bumi Selangor ini.

سيروا على بركة الله

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
09 Syaaban 1438H | 06 Mei 2017