18
Sun, Aug
21 Artikel Baru

PAS pertahan menteri ‘diserang’ pemimpin DAP

Nasional
Typography

KOTA BHARU: Pendirian tegas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempertahankan kuota kemasukan program matrikulasi disokong anggota parlimen PAS.

Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata, sekalipun dikritik segelintir pihak namun Dr Maszlee tetap dengan pendiriannya.

“Tindakan ini amat kita puji dan sokong, malah sebelum ini pun saya mengeluarkan kenyataan program matrikulasi wajib diteruskan,” ujarnya di sini.

Baru-baru ini pemimpin DAP dilapor mempertikaikan pendirian Dr Maszlee mempertahankan sistem kemasukan ke program matrikulasi.

Anggota Exco Selangor Dato’ Teng Chang Khim menyifatkan Dr Maszlee bodoh

manakala Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy pula menganggap menteri pendidikan terbabit tiada beza dengan pemimpin Umno. - HARAKAHDAILY 20/5/2019