24
Mon, Jun
33 Artikel Baru

Ustaz Wan Ahmad Rasyidi dalam kenangan

Nasional
Typography

KEMATIAN adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasainya. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ

Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. (Ali Imran: 185)

Seluruh ahli PAS khasnya anggota Dewan Ulamak PAS Pusat telah dikejutkan dengan pemergian Ustaz Wan Ahmad Rasyidi pada hari ini di Madinatul Munawwarah.

Ustaz Wan Ahmad Rasyidi yang merupakan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 11.18 am 8 Syawal 1440 (12/06/2019) di Hospital Dr. Hamid Sulaiman Al-Ahmadi Madinah Munawwarah.

Kami dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di Perkuburan Baqi’ (waktu Malaysia 4.18 petang)

Almarhum seorang yang sangat komited dengan perjuangan sepanjang khidmat baktinya kepada Dewan Ulamak PAS Pusat.

Dewan Ulamak PAS Selangor amat merasai kehilangan Almarhum apatah lagi dalam saat kita semua sedang siap siaga untuk bermuktamar pada minggu hadapan.

Begitulah kehidupan manusia di dunia, pasti akan bertemu juga pengakhirannya. Pengakhirannya yang mana telah ditetapkan sejak azali lagi.

DUPNS mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum dan seluruh anggota Dewan Ulamak PAS Pusat serta ahli PAS.

Takziah, bersemadilah sahabatku Wan Ahmad Rasyidi ke alam abadi, baktimu dalam perjuangan kami saksikan demi perjuangan Islam.

Dedikasimu dalam perjuangan hingga dihadiahkan tempat yang mulia bersama ahli Baqi'.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama anbiya' dan para solihin.

Ameen.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN ABDUL HALIM
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor
12 Jun 2019/8 Syawal 1440 – HARAKAHDAILY 12/6/2019