22
Tue, Oct
24 Artikel Baru

IPG: Menteri sandiwara atau membelakangkan menteri?

Nasional
Typography

SUSULAN penafian oleh menteri semalam mengenai cadangan penutupan 21 IPG, saya telah membangkitkan persoalan sama ada sebenarnya Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) atau Berita Harian (BH) yang telah membuat kenyataan atau laporan palsu.

Justeru, saya menggesa supaya menteri mengambil tindakan ke atas salah seorang daripada mereka sekiranya cadangan tersebut langsung tiada dalam rancangan KPM.

Pendedahan mengenai cadangan tersebut adalah serius kerana bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang hanya memberikan kuasa kepada menteri atau kelulusan daripadanya untuk menubuhkan dan menyenggara suatu maktab pendidikan guru.

Adakah menteri tidak mengetahui langsung mengenai "Perbincangan Khas Bagi Memperhalusi Cadangan Akhir Rasionalisasi Agensi Bil. 4/2019 dengan Ketua Setiausaha Negara" yang di dalamnya dikemukakan cadangan tersebut?

Apakah kapasiti Rektor IPGM, KPPM dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam perbincangan tersebut?

Kenapakah KPPM mengesahkan - seperti yang dilaporkan BH - bahawa adanya perbincangan dan cadangan tersebut sedangkan menteri sejak sebelum itu lagi ada memaklumkan bahawa IPG tidak akan ditutup?

Jadi, adakah sebenarnya menteri yang bersandiwara atau memang ada kerja-kerja membelakangkan menteri dalam hal ini?

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu, 11 September 2019 | 11 Muharram 1441 – HARAKAHDAILY 11/9/2019