18
Wed, Sep
50 Artikel Baru

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ ۚ إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ وَإِن تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَىٰ فَلَن يَهْتَدُوا إِذًا أَبَدًا

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya."

Penekanan utama ayat:

●     Zalim

Zalim bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempat sepatutnya. Ia merupakan lawan kepada adil. Apabila Allah menyatakan orang yang menolak hidayah adalah sezalim-zalim manusia, maka tidak akan muncullah terma bawaan Liberalisme yang berbunyi "kafir yang adil", kerana kafir itu sendiri adalah suatu kezaliman.

●     Qalb

Qalb di dalam bahasa Arab bermaksud jantung, bukannya hati seperti yang difahami. Berdasarkan hadis, ia merupakan ibu kepada segala jasad manusia. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasad manusia dan jika sebaliknya, rosaklah jasad. Maka apabila hati tertutup daripada kebenaran, seluruh diri akan menyeleweng daripada kebenaran.

●     Ikhtiari

Manusia sendiri yang memilih jalan hidup mereka. Allah jadikan pada manusia dan jin sifat ikhtiari iaitu bebas memilih apa yang mereka mahukan di dunia ini. Apabila manusia itu sendiri memilih untuk menolak petunjuk kebenaran Islam, maka Allah akan hukum mereka dengan menutup hati dan telinganya terus daripada kebenaran.

Ibrah akhir zaman:

Di dunia ini terdapat golongan tertentu yang telah Allah gazetkan bahawa mereka tidak akan menerima hidayah selama-lamanya. Ayat ini ditujukan khusus kepada beberapa individu musyrikin Quraisy dan terbukti, ramai di kalangan mereka mati dalam keadaan kufur walaupun telah sampai kepada mereka segala keterangan dan dakwah Islam.

Allah juga telah gazetkan di dalam al-Quran bukan sahaja golongan yang kufur terhadap Allah, malah menjadi musuh kepada Islam pula iaitu pakatan Yahudi dan Kristian. Firman Allah S.W.T:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

[al-Baqarah:120]

Juga firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."

[al-Maaidah:51]

Yahudi merupakan pengikut asal Nabi Musa A.S dan Nabi-nabi berketurunan Bani Israel. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengiktiraf kenabian Nabi Isa A.S dan Nabi Muhammad S.A.W menyeleweng daripada ajaran kitab Taurat. Nasrani pula merupakan ajaran pengikut Nabi Isa A.S yang kemudian menyeleweng daripada Taurat. Mereka menganggap Isa sebagai anak tuhan.

Menerusi keterangan ayat Allah S.W.T di atas, golongan yang menjadi musuh kepada Islam adalah pakatan Yahudi dan Nasrani. Jika dilihat perkembangan semasa hari ini, pakatan Yahudi dan Nasrani telah membentuk gerakan Zionis.

Justeru mana-mana pihak yng bersekongkol dengan Zionis di kalangan Yahudi dan Nasrani adalah termasuk di kalangan mereka yang digazetkan sebagai musuh oleh Allah dan perlu dijauhi. Walau bagaimanapun, Yahudi dan Nasrani yang tidak bersetuju dengan Zionis seperti Yahudi mazhab Naturei Karta dan Nasrani mazhab Ortodoks tidaklah termasuk di kalangan mereka.

Allah turut menjelaskan bahawa walaupun Yahudi dianggap bangsa paling kuat bermusuh dengan Islam, namun di sana terdapat kumpulan Nasrani yang mengasihi umat Islam. Firman Allah S.W.T:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong."

[al-Maaidah:82]

Sifat Yahudi tidak perlu diterangkan lagi kerana ayat mengenai permusuhan mereka terhadap Islam begitu konsisten. Namun mengenai orang Nasrani, ayat ini sedikit berbeza kerana mendakwa ada Nasrani yang mengasihi Islam. Jika dikaji teks ayat, ia menunjukkan bahawa Nasrani yang dimaksudkan adalah Nasrani yang berbangga dan tidak malu mengaku mereka adalah Nasrani.

Ada ulamak berpendapat yang dimaksudkan dengan Kristian ini adalah merujuk kepada Kristian Ortodoks yang dianuti oleh Roman Byzantine. Sehingga kini ia menjadi anutan di Syria, Mesir, Eropah Timur tetapi kebanyakannya berada di Rusia.

Ada juga yang berpandangan simplistik, dengan mengatakan semua Kristian adalah baik termasuk Amerika yang dikuasai oleh Protestan Sekular dan Evangelikal. Sedangkan sifat mereka dengan mafhum nas jauh panggang daripada api.

Pandangan yang lebih harmoni adalah, bahawasanya Kristian yang dimaksudkan oleh al-Quran meliputi Kristian Ortodoks dan Katolik hari ini. Ciri-ciri yang disebutkan dalam ayat tersebut lebih kurang sama antara Katolik dan Ortodoks. Tetapi tidak termasuk Protestan yang menganut fahaman sekular dan Evangelical yang menyokong agenda Zionis.

Justeru melatari pembukaan kota Rome, penganut Katolik di Vatican City akan menerima Islam. Terdapat suatu hadis yang berbunyi:

كنا عند عبدِ اللهِ بنِ عمرو بنِ العاصِ، وسُئِلَ أيُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ؟ فدعا عبدُ اللهِ بصندوقٍ له حِلَقٌ، قال: فأخرج منه كتابًا قال: فقال عبدُ اللهِ: بينما نحنُ حولَ رسولِ اللهِ نكتبُ، إذ سُئِلَ رسولُ اللهِ: أىُّ المدينتيْنِ تُفتحُ أولًا القسطنطينيةُ أو روميَّةُ؟ فقال رسولُ اللهِ: مدينةُ هرقلَ تُفتحُ أولًا: يعني قسطنطينيةَ

"Sahabat bertanya bandar manakah yang bakal dibuka dahulu, Constantinople atau Roma? Jawab Nabi S.A.W: Bandar Heraclius yang pertama dibuka."

[HR Hakim]

Boleh jadi mereka juga termasuk dalam hadis mereka yang akan berdamai dengan Islam bagi menghadapi musuh yang sama. Sabda Rasulullah S.A.W:

ستصالحون الرومَ صُلحًا آمنًا، فتغزون أنتم وهم عدوًّا من ورائهم

"Kamu bakal berdamai dengan Rom. Maka kamu dan mereka akan memerangi musuh di belakang mereka."

[HR Ibnu Majah]

Gereja Katolik hari ini tidak terlepas daripada kemasukan anasir Evangelikalisme. Fahaman ini membawa kepada pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai hak milik Yahudi sebagaimana yang diperjuangkan gerakan Zionis. Katolik sedang bergelut dengan anasir Evanglical yang meresap masuk ke gereja-gereja mereka bertujuan memaksa mazhab tersebut mendukung aspirasi musuh ketat mereka, Yahudi laknatullah.

Namun perkaitan dengan Kristian Ortodoks adalah lebih kuat. Ini berdasarkan hadis bahawa umat Islam akan bergabung sebelum berperang dengan Bani Asfar. Di dalam hadis konteks berlainan, Nabi memaksudkan Bani Asfar sebagai keturunan Heraclius iaitu Maharaja Rom Byzantine. Keturunan beliau kini berada di Rusia.

Apa yang pasti, antara hikmah diturunkan Nabi Isa A.S menurut ulamak adalah untuk menyatukan kembali penganut Kristian. Simbolik mematahkan salib yang dilakukan oleh Nabi Isa nanti menjadi tanda bahawa anutan mereka selama ini salah, dan akhirnya membawa mereka memeluk Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:

لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى ينزلَ فيكم ابنُ مريمَ حَكمًا مُقسطًا فيَكسرَ الصَّليبَ ويقتلَ الخنزيرَ ويضعَ الجزيةَ ويفيضَ المالُ حتَّى لا يقبلَهُ أحدٌ

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah Ibn Maryam turun kepada kamu sebagai pemimpin yang adil. Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah. Maka ketika itu harta melimpah ruah sehingga tiada orang yang mahu menerimanya lagi."

[HR Bukhari]



Apabila telah jelas kumpulan-kumpulan yang digazetkan di dalam al-Quran, menjadi suatu kewajipan untuk kita menurut larangan Allah S.W.T supaya tidak menjadikan pakatan Yahudi dan Nasrani (Zionis dan sekutu) sebagai sekutu. Berdasarkan mafhum ayat di atas juga, sekiranya ada di kalangan umat Islam yang bersekutu dengan mereka, maka mereka telah menjadi sebahagian daripada musuh Islam yang wajib kita perangi.

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 2/7/2019

PAS ditubuhkan kerana para ulamak merumuskan HUKUM wajib ditubuhkan sebuah jamaah Islam. Gagasan amar makruf nahi mungkar dalam negara mewajibkan wujudnya sebuah jamaah dan kesatuan umat yang utuh dan tersusun.

Saya menyertai PAS kerana para ulamak merumuskan HUKUM kewajiban setiap muslim menyertai jamaah Islam. Islam mewajibkan kesatuan. Berseorangan tanpa ketua akan mendorong kepada perpecahan umat dan kelemahan.

Saya bekerja mendukung PAS kerana para ulamak merumuskan HUKUM wajib setia, wala' dan taat kepada jamaah yang disertai, serta haram HUKUM-nya mengkhianati amanah yang diberikan oleh jamaah dan parti saya.

Saya mengundi dalam pilihan raya kerana para ulamak merumuskan HUKUM wajib memilih pemimpin yang bertakwa kepada Allah, serta memilih partinya yang bersedia menjadikan al Quran dan al Sunnah sebagai sumber utama hukum negara.

Saya tidak sesekali akan mengundi parti yang menentang Islam atau syariat Islam kerana para ulamak merumuskan HUKUM haram menyokong musuh Islam yang memerangi Allah dan hukum syariat-Nya.

Saya tidak akan mengundi parti yang memberi sokongan secara terbuka dan nyata kepada parti yang menentang Allah dan hukum syariat-Nya kerana para ulamak telah merumuskan HUKUM haram berkompromi dan bersekongkol dengan musuh Islam.

Sebagaimana amalan solat dan puasa saya berdasarkan HUKUM agama yang dirumuskan oleh para ulamak, maka begitulah amalan dan tindakan saya dalam urusan keluarga, ekonomi, kewangan, sosial dan urusan politik saya juga.

Hidup dan mati saya adalah berdasarkan HUKUM agama. Jika saya melanggarnya, itulah seburuk-buruk hari saya yang saya wajib bertaubat dan kembali kepada-Nya dengan sesegeranya agar diampuni Allah.

Tetapi malang, ada daripada kalangan muslim yang meremehkan hukum hakam agama dalam berpolitik. Bagi mereka, HUKUM agama merencatkan minda rakyat untuk bebas berfikir dan bertindak. Ironi, merekalah penjunjung gagasan 'rahmatan lil-alamin. 'No wonder, by DAP compliance.'

Semoga Allah menjauhi saya daripada mereka dan mereka daripada saya sehinggalah Allah menukarkan kegelapan kepada hidayah-Nya. Kemunafikan warna warninya memukau. Berapa banyak serangga terbang terbakar oleh pesona api.

Teruskan berdakwah di jalan Allah. Berikan berita gembira. Sampaikan amaran dan amarah tuhan. Allahul musta'an.

#IslamMemimpinPerpaduan
#DemiIslam
#TaawunUMNOPAS

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
AJK PAS Pusat
1/7/19 – HARAKAHDAILY 1/7/2019

TIDAK mudah untuk menjadi seorang pejuang yang berprinsip. Hanya pejuang yang ikhlas mampu merealisasikan prinsip perjuangannya.

Demikian juga tidak mudah seorang ahli politik mahu menyandang status pejuang. Hanya ahli politik yang ikhlas akan berjuang sungguh-sungguh menunjangi prinsip perjuangannya.

Mutakhir ini, timbul isu wajib jatuhkan PH yang kemudiannya diangkat menjadi fatwa oleh mereka. Asasnya ia bukan isu dan fatwa pun. Hanya bermula dari ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia di Muktamar PAS baru-baru ini, yang menyebut bahawa PH wajib dijatuhkan.

Kemudiannya ucapan itu digembar-gemburkan oleh beberapa pimpinan PH dan media, lalu ia menjadi isu yang diperdebatkan oleh awam.

Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia (DUPM). Lantaran sedutan ucapannya menjadi isu, maka pelbagai pihak mula bahas dan mencari apakah asas, point, hujah dan dalil bahawa PH wajib dijatuhkan ?

Saya gembira. Bila semua pihak bahas dan membicarakan isu kenapa wajib PH dijatuhkan, insya-Allah sedikit masa lagi mereka akan lebih jelas malah menemui jawapan kenapa PH wajib dijatuhkan. Apa yang saya bimbang kalau masyarakat tidak mahu bincang, bahas dan mencari jawapannya.

Kesempatan ini saya tidak bermaksud nak mengheret perbahasan mengenai isu wajib jatuhkan PH. (insya-Allah, hal itu saya angkat pada kesempatan akan datang. Saya yakin, buat masa ini masyarakat sedia memahami kenapa Ketua DUPM berkata, PH wajib dijatuhkan.)

Apa yang saya mahu tegaskan pada kesempatan ini, agar gerakan perpaduan ummah mesti terus disemarakkan tanpa ragu untuk menjatuhkan PH. Juga tidak perlu teragak-agak dalam menentukan sikap ini, terutama saat mendepani tindakan politik pihak PH yang kini semakin terdesak dan tersedak.

Mereka mahu supaya perpaduan ummah ini bergerak perlahan. Kalau boleh, mereka mahu gagalkan perpaduan atau muafakat ummah antara PAS dan Umno khasnya dan BN amnya.

Saya percaya mereka akan lancarkan gerakan sabotaj. Sebahagian yang tidak ikhlas niat perjuangannya, mungkin akan mudah terpedaya lalu hilang harap mereka kepada gerakan perpaduan ummah ini.

Jangan pandang kecil pada kilauan pangkat, kedudukan dan janji wang ringgit yang ditabur. Paling tidak, ia menjadi agen sabotaj yang boleh melambatkan perjalanan dan menghilangkan kepercayaan ramai.

Saya tegaskan sekali lagi, hanya keikhlasan berjuang menjadi benteng kukuh dari ancaman gerakan sabotaj ini. Tanpa ikhlas, lahirlah golongan yang tiada arah tuju (muzabzabin) dan golongan yang ragu (was-was).

Perlu diingatkan jua, bahawa gerakan sabotaj seperti ini seringkali disambut sebahagian “pejuang” tanpa sedar. Terutama disambut oleh mereka yang tidak sabar dalam perjuangan. Mengharapkan kemenangan yang cepat dan keuntungan duniawi yang berlipat.

Sementara pencetus dan penggerak sabotaj pula adalah terdiri dari musuh perjuangan ini dan bonekanya yang terpedaya dengan pangkat dan kedudukan yang dijanjikan.

“Pejuang” yang lemah sering menjadi mangsa sabotaj.

NASRUDIN HASSAN
Sekali Serban Dililit
27 Syawal 1440 | 1 Julai 2019 – HARAKAHDAILY 1/7/2019

KUALA  LUMPUR: Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) membantah hasrat kerajaan untuk melaksanakan semula dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Presiden PENDIDIK, Normala Sudirman menegaskan, ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 yang jelas meletakkan kepentingan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Jelas beliau, ia juga bermakna bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa penghantar utama dalam semua subjek penting mata pelajaran utama di sekolah-sekolah.

"Telah jelas terbukti pelaksanaan dasar PPSMI ini mendapat bantahan bukan sahaja dalam kalangan tokoh akademik, pejuang bahasa, malahan warga pendidik dan ibu bapa.

Dasar PPSMI mula dilaksanakan pada 2008 dan telah mendapat bantahan secara besar-besaran pada tahun 2009 terutama oleh ramai tokoh akademik, pejuang bahasa, parti politik, warga pendidik dan ibu bapa.

Pemansuhannya telah diisytiharkan tahun 2009 itu dan seterusnya proses akhir dimuktamadkan pada tahun 2012, namun mutakhir ini berbangkit semula bahawa ia akan dilaksanakan.

"Sepatutnya mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains mestilah diajar dalam bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu yang telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara. (Malah) Negara-negara besar dunia yang maju dilihat tegas mempertahankan bahasa rasmi mereka.

"Seperti Jepun, Jerman, China dan sebagainya kerana optimis bahawa bangsa mereka hanya akan maju jika menjaga identiti bahasa ibunda masing-masing dalam melaksanakan urusan pendidikan negara.

"Kita bukan menafikan kepentingan Bahasa Inggeris tetapi sikap terlalu mengagungkannya sehingga mahu meminggirkan peranan Bahasa Melayu amat dikesali," ujarnya mempersoalan dasar PPSMI yang telah menelan kos lebih dari RM6.3 bilion itu.

Beliau turut mengingatkan agar tidak menjadikan pelajar dan warga pendidik sebagai 'mangsa eksperimen' atau 'tikus makmal' sehingga masa depan pelajar dalam dunia pendidikan gelap.

Tempelaknya, semua itu angkara dasar pendidikan yang caca marba, tidak konsisten dan tidak terarah dan umpama tikus membaiki labu di mana menuntut semua pihak bertindak sebelum terlambat. - HARAKAHDAILY 30/6/2019

KENYATAAN Dr. Mujahid Yusof yang menganggap concentation camp yang sebenarnya bertujuan bagi menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoriti sebagai ‘pusat latihan’ dan menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai 'berita palsu dari China’ adalah amat mendukacitakan kerana memperlihatkan sokongan beliau kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang.

Saya merasakan beliau sama ada tidak meneliti berita sebenar mengenai nasib umat Islam Uighur sedangkan banyak penulisan mengenai perkara itu diterbitkan termasuk dalam jurnal akademik atau beliau hanya menyuarakan pendirian rasmi Kerajaan Malaysia mengenai perkara ini sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang Menteri. [Beberapa liputan antarabangsa mengenai Uighur saya senaraikan di bawah]

Amat tidak patut sekali beliau menunjukkan sokongan kepada China dalam isu yang sedang mendapat perhatian oleh pelbagai negara serta agensi dan pertubuhan sehingga ke peringkat antarabangsa yang sedang berusaha memberikan tekanan kepada China bagi menamatkan krisis kemanusiaan di negara itu.

Saya menggesa Wisma Putra segera menjelaskan sama ada kenyataan Dr. Mujahid Yusof itu adalah mewakili pendirian dan dasar rasmi Kerajaan dalam hubungan antarabangsa atau ia hanyalah kenyataan peribadi beliau.

Jika ia adalah kenyataan peribadi beliau, maka amat wajar Kabinet mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Menteri itu dan beliau mesti segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia atau meletakkan jawatan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin, 1 Julai 2019 | 27 Syawal 1440 – HARAKAHDAILY 1/7/2019

Beberapa liputan berita antarabangsa mengenai kem tahan di Xianjiang:

1. https://time.com/5526022/turkey-china-concentration-camps-uighurs/
2. 
https://www.theguardian.com/world/2019/jan/11/if-you-enter-a-camp-you-never-come-out-inside-chinas-war-on-islam
3. 
https://www.newstatesman.com/world/asia/2019/03/china-s-uyghur-detention-camps-may-be-largest-mass-incarceration-holocaust?amp

وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ ۚ وَيُجَادِلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ ۖ وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَمَا أُنذِرُوا هُزُوًا

"Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan."

Penekanan utama ayat:

●      Nabi tiada kuasa menghukum

Pada ayat yang lalu, orang kafir mencabar Nabi S.A.W supaya menurunkan azab sebagaimana yang pernah menimpa umat terdahulu. Ayat ini menerangkan bahawa Nabi S.A.W hanyalah pemberi peringatan baik dan buruk. Baginda tidak memiliki kuasa menghukum atau mengganjarkan sesuatu kepada manusia. Semua itu adalah kuasa ekslusif Allah.

●     Helah jidal

Ramai ulamak mengharamkan perdebatan kerana ia lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Walau bagaimanapun, ia boleh diadakan tetapi perlu mempunyai garis panduan yang rapi supaya matlamat mencari kebenaran itu benar-benar dapat dicapai. Jika tidak, ia hanya akan menjadi platform menyebarkan kebatilan dan semakin menutup penerimaan orang terhadap kebenaran.

Ibrah akhir zaman:

Sebagaimana huraian pada ayat ke 5 dan juga 15 ayat ini mempunyai kaitan rapat dengan gejala Post-Truth yang sedang melanda dunia dewasa ini. Wabak yang cuba mengalihkan perhatian manusia daripada mencari kebenaran. Kerana Islam adalah agama yang benar, dan sentiasa berada di atas jalan kebenaran, maka satu-satunya cara bagi mengelakkan orang mendekati Islam adalah dengan menawarkan kebatilan sebagai alternatif.

Firman Allah S.W.T: 

فَذَٰلِكُمُ اللَّـهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ ۖ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ 

"Maka demikianlah Allah tuhan kamu yang benar. Maka tiadalah selepas kebenaran (post-truth) melainkan kesesatan semata-mata. Lalu bagaimanakah kamu boleh terpedaya dengannya?!"

[Yunus:32]

Walaupun sebilangan sarjana dan jurnalis membezakan antara penipuan dan post-truth, namun penipuan merupakan perkataan yang paling sinonim bagi menerangkan maksudnya. Post-truth juga diistilahkan dengan half-truth iaitu separa benar, di mana kebenaran dan pembohongan bercampur aduk, fakta dan dan auta dipersembahkan dalam ruang yang sama, dengan tujuan memanipulasi kepercayaan awam bagi menjayakan agenda tertentu.

Dalam sebuah artikel dari majalah The Economist menyatakan perbezaan antara politik Post-Truth dan pembohongan ialah penganut Post-Truth – sama ada sedar atau tidak - tidak memalsukan atau menentang kebenaran, tetapi menjadikan kebenaran pada tahap sekunder. Mereka lebih berminat dalam menilai sesuatu secara prejudis dan mengabaikan data serta fakta dengan menggunakan istilah yang bombastic seperti ‘fakta alternatif’.

Secara tidak langsung, gejala Post-Truth membenarkan argument Nichollo Machiavelli mengenai manusia sebagai haiwan politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat atau dalam bahasa yang lebih mudah, matlamat menghalalkan cara. Walaupun bertentangan dengan moral dan akhlak, penipuan hari ini dijadikan alat bagi mencapai segala matlamat bukan sahaja dari sudut politik, malahan ekonomi, budaya bahkan dalam hubungan kekeluargaan dan keagamaan.

Gejala penipuan bukan sahaja menyerang orang awam, bahkan usaha normalisasi penipuan dilihat sedang berlaku di kalangan islamis pula. Menggunakan hadis-hadis keharusan menipu kerana darurat, ia dimanipulasi sehingga penipuan dianggap tidak ada salahnya di sisi Islam, selagi matlamatnya suci. Sedikit sebanyak simptom ini menunjukkan islamis turut disampuk post-truth.

Satu perkara lagi yang disebutkan oleh ayat ini mengenai sikap penentang agama adalah mengejek dan mempermainkan agama. Mereka tidak membawa wacana keagamaan ke pentas hujah ilmiah, sebaliknya memainkan sentimen-sentimen jahat seperti manipulasi emosi marah, simpati dan ketakutan di samping memotretkan kebenaran dengan wajah yang hodoh dan jelek seperti islamphobia, jumud dan rakus sehingga orang membenci Islam.

Firman Allah S.W.T:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ

"Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul""

[al-Maidah:77]

Juga firman Allah S.W.T:

وَمَا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

"Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)."

[An-najm 28]

Walau bagaimanapun, selagi manusia berusaha mencari kebenaran dan tetap berada di jalan kebenaran, mereka akan sentiasa selamat daripada wabak post-truth. Jalan paling tepat adalah jalan menuntut ilmu dan meletakkan ilmu sebagai neraca pertimbangan dalam segala hal.

Allah S.W.T telah menjamin bahawa kebenaran akan tertegak jua. FirmanNya:

يُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَاطِلَ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ

"Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya."

[Al-Anfal:8]


(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 1/7/2019  

وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَن يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ إِلَّا أَن تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا 

"Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau didatangi azab yang dilihat dan dihadapi."

Penekanan utama ayat:

●     Sunnah terdahulu

Hidup ini umpama roda. Berputar pada kisah yang sama. Jalan cerita yang sama. Yang berbeza hanyalah watak dan sama. Justeru itulah kisah umat-umat terdahulu didatangkan supaya kesilapan mereka tidak diulang, yang akan menyebabkan kita menerima nasib sama seperti mereka

Ibrah akhir zaman:

Ayat ini mengisahkan sikap golongan yang kufur terhadap Allah S.W.T. Telah didatangkan kepada mereka hidayah petunjuk, namun mereka tetap enggan menerimanya. Bukan itu sahaja, malah mereka cuba mencabar kuasa tuhan sekiranya Allah adalah tuhan, maka datangkan bala sebagaimana yang telah ditimpakan terhadap umat sebelum ini.

Mencabar kuasa tuhan merupakan perangai orang kafir zaman berzaman. Mereka akan mempertikaikan segala perkara yang datang dari Islam hinggalah kepada bab ketuhanan. Walaupun kepercayaan mereka sendiri penuh dengan keraguan, tetapi mereka masih sombong untuk menerima Islam sebagai agama yang benar.

Allah menjanjikan kepada golongan yang kufur ini kebinasaan sebagaimana biasa umat terdahulu yang kufur terhadap risalah yang dibawa Nabi mereka. Berbagai bentuk azab yang menimpa umat terdahulu. Ia akan terus berulang dan berulang selagi mana wujud kekufuran dan keingkaran untuk mengikut jalan petunjuk. Firman Allah S.W.T:

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

[al-Ankabut:40]

Walau bagaimanapun, umat Muhammad ini agak istimewa berbanding umat-umat terdahulu. Berkat doa Baginda S.A.W, umat ini tidak akan ditimpa azab kesusahan yang panjang. Sabda Rasulullah S.A.W:

إنَّ الله زَوَى لي الأرضَ فرأيتُ مشارقها ومغاربها، وإن أمتي سيبلغ ملكُها ما زُوي لي منها، وأُعطيت الكنزين الأحمر والأبيض, وإني سألت ربي لأمتي أن لا يُهلكها بسنةٍ عامةٍ، وأن لا يُسلِّط عليهم عدواً من سوى أنفسهم فيستبيح بيضتهم، وإنَّ ربي قال: يا مُحمَّدُ إني إذا قضيتُ قضاءً فإنَّهُ لا يُردُّ، وإني أعطيتُك لأمتك أنْ لا أهلكهم بسنةٍ عامةٍ, وأنْ لا أسلطَ عليهم عدواً مِن سوى أنفسِهم يستبيحُ بيضتَهم ولو اجتمعَ عليهم مَن بأقطارِها حَتَّى يكونَ بعضُهم يُهلك بعضاً، ويسبي بعضُهم بعضاً 

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memperlihatkan kepada ku (peta) bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan ummat ku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Ta'ala kepada ku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummat ku, agar mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhan ku berfirman, "Ya, Muhammad! Apabila Aku telah memutuskan suatu putusan, maka putusanKu tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doa mu untuk umat mu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan."

[HR Muslim]

Bezanya lagi umat terdahulu dan sekarang adalah, apabila ditimpa bala yang membinasakan umat terdahulu, tuhan akan gantikan dengan umat yang lain. Firman Allah S.W.T:

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ

"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?"

[Al-Anaam:6]

Kita pula adalah umat terakhir. Kebinasaan umat ini adalah dengan kebinasaan seluruh alam dunia. Sebelum kebinasaan tersebut, hanya berlaku beberapa bala bencana di tempat-tempat tertentu sebagai suatu azab sebelum azab kebinasaan terbesar dalam sejarah dunia.

Walaupun ia masih belum berlaku, tetapi ia pasti akan berlaku. Telah diperingatkan di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi lebih 1400 tahun yang lalu. Justeru sebagai umat ini, kita sebenarnya cukup beruntung jika dibandingkan dengan umat sebelum ini. Amaran telah diberikan ribuan tahun lebih awal. Dan kita memiliki tempoh yang amat panjang untuk bertaubat dari segala kesalahan dan kembali ke pangkal jalan.

Sikap manusia akhir zaman ini yang cuba mencabar kuasa tuhan, terutama kalangan Yahudi yang disifatkan sebagai golongan yang dimurkai (al-Fatihah:7) tidak ubah seperti sikap golongan terdahulu yang dibinasakan. Walaupun Yahudi sebenarnya tahu kebenaran risalah akhir yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W, namun mereka enggan mengikutinya. Malah mereka sanggup mengubah ajaran mereka supaya tidak memperlihatkan kebenaran ajaran Islam.

Bukan itu sahaja, mereka cuba untuk melawan takdir Allah yang dinyatakan di dalam al-Quran mengenai kaum Yahudi, Dajjal, hari kiamat dan seumpamanya. Malah mereka menunggu saat tersebut bagi menafikan kalamullah mengenai kebinasaan mereka. Mereka merampas Baitulmaqdis, mahu meruntuhkan Masjidilaqsa bagi membina Haikal Sulaiman, menunggu Dajjal sebagai pemimpin bagi memerangi orang Islam walaupun mereka tahu, Dajjal adalah al-Masih palsu lagi buta.

Allah menjanjikan Yahudi akan binasa sebelum hari kiamat. Mereka akan dibunuh di tangan umat Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:

لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود حتى يختبئ اليهودي وراء الحجر والشجر فيقول الحجر والشجر: يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله، إلا الغرقد

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga Yahudi diperangi, sehingga mereka bersembunyi di balik pokok dan batu. Maka berkatalah pokok dan kayu: “Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia.” Kecuali Gharqad."

[HR Bukhari & Muslim]

(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 30/6/2019

More Articles ...