24
Sat, Jun
8 Artikel Baru

Kelantan pelopori Daurah al-Quran sempena Ramadan

Berita
Typography

KELANTAN merupakan negeri pertama yang memperkenalkan pengajian Daurah al-Quran sempena Ramadan yang bermula 1 Ramadan lalu.

Program sulung itu diadakan sehingga hari terakhir Ramadan tahun ini.

Daurah itu dikendalikan ulama yang pakar dalam pengajian al-Quran antaranya Ustaz Mohamad Mustapha, Datuk Dr Basit Abdul Rahman, Dr Ahmad Najib Abdullah, Ustaz Saibon Ismail, Ustaz Mohd Nasir Muhammad dan Dr Mohd Azhar Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peserta yang hadir membaca al-Quran beramai-ramai dan diterjemah secara terperinci.

“Walaupun program ini pertama kali diadakan, namun mendapat sambutan menggalakkan orang ramai. Kadang-kadang kehadiran melebihi 200 orang,” katanya di Kota Bharu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kunjungan orang ramai di Madinah Ramadan tahun ini lebih hebat memandangkan kebetulan musim cuti persekolahan.

“Kerana itu kehadiran jemaah bermula malam pertama sehingga hari ini begitu membanggakan sekali,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/6/2017