23
Wed, Aug
16 Artikel Baru

ARC Perlis 'Gempur Dun Indera Kayangan'

Berita
Typography

ALTERNATIVE Riding Club (ARC) Perlis telah mengadakan program 'Gempur Dun Indera Kayangan' iaitu program penerangan dan edar risalah 'PAS Pilihanku' yang diterbitkan oleh Lajnah Penerangan DPPNPs, bertempat di Bazar Ramadhan Taman Kemajuan, Kangar, semalam.

Aktiviti yang bermula sekitar jam 5.30 petang itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat setempat terutamanya golongan muda dan para pengunjung serta peniaga bazar.

Tujuan aktiviti ini dilaksanakan ialah untuk menyampaikan maklumat yang jelas mengapa rakyat perlu memilih PAS dalam PRU14 akan datang.

Bendahari DPPNPs, Irzan Asyraf dan Ketua Lajnah Penerangan DPPNPs, Haziq Dun adalah antara pimpinan DPPNPs yang turut serta dalam program berkenaan.

Menurut Haziq Dun, aktiviti edaran risalah itu merupakan sebahagian daripada gerak kerja penerangan DPPNPs dalam menghadapi PRU14.

Tambah beliau, PAS sudah bersedia dan berada dalam kondisi yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.