Kelantan sedia prasarana sejahtera untuk Islam

Berita
Typography

KERAJAAN negeri kini sedang menyediakan prasarana untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri yang sejahtera untuk Islam.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata usaha itu dilakukan selaras dengan mandat diberi rakyat sejak 1990.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memperkasakan institusi agama selaras dengan tuntutan yang terkandung dalam al-Quran.

“Pentadbiran kerajaan di Kelantan meletakkan al-Quran dan Sunnah di tempat tertinggi. Kerja-kerja menjulang agama dilakukan secara berterusan, tanpa henti,” katanya pada ceramah Badar al Kubra di padang bola Selising, Pasir Puteh malam tadi.

Program itu bermula dengan tadarus al Quran yang diketuai Senator Datuk Dr Johari Mat.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdullah Ya'kub, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan; Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan; setiausaha, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan ketua penerangan, Datuk Nassuruddin Daud. – HARAKAHDAILY 13/6/2017