24
Sat, Jun
8 Artikel Baru

MB iringi perjalanan akhir pegawai KGT

Berita
Typography

PERJALANAN akhir Pegawai Pemasaran Kelantan Golden Trade (KGT), Allahyarham Mohd Adnan Abdullah turut diiringi Menteri Besar.

Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob mengimami solat jenazah arwah ketika menziarahinya di Hospital Tumpat di Kelaboran.

kgt1Allahyarham Adnan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Km 1 Jalan Wakaf Bharu-Tumpat dekat Semat Jal, petang Ahad lalu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Menteri Besar merakam ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

“Saya mengucap takziah kepada anggota keluarga dan diharapkan semuanya bersabar menghadapi ujian dariNya,” kata beliau.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Nor Anis Fazlini Kasma, 29 dan tiga anak yang berusia antara 15 bulan hingga 6 tahun.

Allahyarham juga aktivis Pertubuhan Royalti Kelantan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Dingin. - HARAKAHDAILY 13/6/2017