23
Wed, Aug
16 Artikel Baru

Kelantan hub seni khat Islam

Berita
Typography

KELANTAN bakal muncul sebagai hub seni khat yang merupakan khazanah tertua umat Islam di dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, pihaknya bercadang memilih 100 peminat khat mengikuti bengkel seni tersebut.

Katanya bengkel yang akan diadakan itu bakal mengumpul penggemar tulisan khat di Kelantan.

“InsyaAllah mungkin kita akan adakan bengkel ini pada September atau Oktober hadapan,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan seni khat di Madinah Ramadan, Kota Bharu semalam.

Program itu dianjur sempena bulan Ramadan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Perbadanan Muzium Negeri.

Md Anizam juga berkata potensi warisan seni khat perlu dipelihara kerana ia mempunyai nilai tersendiri.

Lebih 200 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Peserta yang berjaya membawa pulang antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap kategori pertandingan. - HARAKAHDAILY 13/6/2017