Sidebar

22
Fri, Sep
21 Artikel Baru

JMB, penduduk perlu peka elak penyelewengan

Berita
Typography

BADAN pengurusan bersama pangsapuri (JMB) serta penduduk setempat diingatkan supaya membuat semakan dokumentasi dan akaun secara teliti bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kecuaian semua pihak boleh membuka peluang kepada penyelewengan individu tidak bertanggungjawab hingga mengakibatkan JMB mengalami kerugian selain wang penduduk dilarikan.
 
Beliau berharap pihak JMB membuat semakan daripada segi perjalanan pengurusan pangsapuri.

"Badan pengurusan komuniti (JMC) dan penduduk juga kena lebih prihatin serta sentiasa semak. Jangan sampai duit sudah hilang atau berlaku penyelewengan baru nak sedar.

“Semak akaun, semak dengan bank dan semua surat menyurat. Pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Perbandaran Amapang Jaya (MPAJ) boleh membantu jika tidak mempunyai kepakaran,” katanya dipetik SelangorKini.

Menurutnya, kerajaan negeri turut menyediakan latihan untuk JMB yang kurang mahir mengendalikan urusan pentadbiran melalui program Format Kurikulum Perumahan Berstarata (FOKUS).

Beliau sebelum itu ditemui di Balai Polis Pandan Indah bersama JMB dan wakil penduduk Pangsapuri Taman Lembah Maju, Ampang yang mengalami kerugian berjumlah RM890,000 selepas wang mereka didakwa dilarikan pengurus bangunan.