Kota Bharu jadi tumpuan dunia bulan ini

Berita
Typography

BULAN ini menyaksikan Kota Bharu menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara dan dunia Islam. Hari ini bermula Kelantan International Bike Week 2017 selama dua hari.

Program itu dianjur Urusetia Pembangunan Belia dan Sukan, Darulnaim Bikers dan Wings Motor Gang Society dijangka menarik hampir 10,000 penonton.

Ia menghimpun kira-kira 3,000 peserta termasuk yang datang dari luar Kelantan. Pagi ini kelihatan motosikal anak-anak muda berarak ke perkarangan stadium.  

Manakala mulai 20 Julai pula akan berlangsung Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Kali ke-4, selama tiga hari.

Program tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kesatuan Ulama Sedunia.

Oleh itu bagi melancarkan program berkenaan seramai 700 sukarelawan sudah mendaftar sehingga semalam.

Setiausaha Unit Sukarelawan Ijtimak Kelantan 2017, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, sukarelawan terbabit akan bertugas sepanjang program berlangsung.

Katanya, mereka dipecah kepada beberapa portfolio iaitu sekretariat, kutipan derma, kebersihan, keceriaan, kebajikan, perbekalan dan perhubungan.

“Mereka akan bertugas dua giliran bermula 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. Sebahagian besar mereka golongan belia dan remaja.

“Khidmat sukarela tidak berbayar, hanya disediakan uniform dan pesegaran,” katanya di sini.

Nasruddin berkata sukarelawan akan berada di setiap khemah yang ditetapkan di sekitar Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan lokasi berlangsungnya ijtima' ini.

Menurutnya juga sukarelawan terbabit akan berpangkalan di Dewan Jubli Perak MPKB BRI dan dewan tingkat 1 Kelantan Trade Centre. – HARAKAHDAILY 7/7/2017

Bike week 17