26
Wed, Jul
25 Artikel Baru

Kelantan tidak keluar kos taja Awie

Berita
Typography

KERAJAAN Kelantan tidak mengeluarkan peruntukan khas untuk membawa artis terkenal Datuk Ahmad Azhar Othman (Awie) bagi menjayakan persembahannya.

Pengarah program, Ausri Hussin berkata persembahan Awie pada malam itu adalah sumbangan khas untuk peminatnya di negeri itu.

Menurut Ausri lagi, Awie sebagaimana juga peserta motorbike lain seluruh negara yang turut menyertai program berkenaan.

“Masing-masing mengeluarkan belanja sendiri melalui persatuan mereka untuk menghadiri program Kelantan International Bike Week 2017.

“Cuma sebagai seorang penyanyi kita meminta beliau menyanyikan empat buah lagu sebagai pengubat rindu peminatnya di negeri ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Darulnaim Bike, Awie bersetuju untuk menyanyi.

Tambahnya, apa lagi artis itu sudah lama tidak membuat persembahan di Kelantan.

Menurutnya, Awie juga turut bersetuju mengikuti syarat yang diberikan sewaktu pertunjukan, antaranya berpakaian kemas, lirik lagu yang berunsur ketuhanan dan lunak liriknya.

Pada masa yang sama beliau turut menafikan pembabitan artis wanita pada persembahan malam itu.

Katanya, pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja memfitnah kerajaan negeri dengan mengaitkan perkara tersebut.

Beliau turut memberitahu program berkenaan anjuran Darulnaim Bike dan Wings Motor Gang Society dengan kerjasama Ubes.

Malam tadi hampir 10,000 orang membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV untuk mengikuti program penutup dan makan malam bersama kelab motor seluruh negara.

Turut menyertai kelab motor dari negara luar Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Awie yang teruja kerana dijemput ke Kelantan memberitahu 30 tahun beliau tidak  membuat persembahan.

“Kali terakhir saya datang ke stadium ini sekitar tahun 80-an,” ujarnya ketika beraksi di pentas.

Awie menyampaikan empat buah lagu, ‘Terima Kasih’, Sayap Ilusi, Musafir Di Aidilfitri dan Ingatkan Dia. - HARAKAHDAILY 9/7/2017

 

BIKE1BIKE2