Sidebar

21
Thu, Sep
32 Artikel Baru

Sebat boleh dilakukan di tempat terbuka

Berita
Typography

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2017 bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah.

RUU tersebut dibentang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassurudin Daud, kemudian disokong anggota Exco, Mumtaz Mohd Nawi.

RUU tersebut dibahas ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) dan Dr Md Yusnan Yusoff (PAS-Melor).

Pindaan terbabit dibuat bagi membolehkan hukuman sebat dilakukan secara terbuka di tempat yang diwartakan dan di hadapan pegawai perubatan.

Selain itu menaikan hukuman denda yang dikenakan kepada ibu bapa atau penjaga terhadap pesalah muda daripada RM200 kepada RM5,000.

Memasukan penggunaan video dan audio sebagai keterangan di mahkamah dan membenarkan penggunai gari dalam penguatkuasaan.

Prosedur pindaan juga melibatkan kehakiman, pendakwaan, penguatkuasaan serta guaman syarie yang ditambah baik.

Dr Md Yusnan berkata, usaha tersebut merupakan langkah awal bagi memperkasakan serta memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah.

"Bagaimanapun pindaan ini masih lagi tertakluk kepada Akta 355 dan saya berharap agar semua pihak berusaha bagi menjayakannya.

“Pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat memberi kesan besar terhadap pelaksanaan syariah Islam di negeri ini,” katanya.

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2017 turut menambah peruntukan mengenai khidmat komuniti sebagai hukuman alternatif yang bersifat mendidik.

Kata Dr Yusnan usaha tersebut menjadikan Kelantan mendahului negeri lain melaksanakan 35 pindaan terhadap enakmen yang berusia 15 tahun. – HARAKAHDAILY 12/7/2017