Sidebar

21
Thu, Sep
32 Artikel Baru

Tabung Usahawan bantu wanita berniaga

Berita
Typography

BAGI melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan Tabung Usahawan Wanita bagi membantu golongan terbabit.

Peruntukan sebanyak RM225,000 disediakan tahun ini bagi membolehkan wanita menceburi perniagaan untuk menjana pendapatan keluarga.

mumtaz1Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM5,000 diperuntukkan untuk setiap Dun.

Katanya, pada 2015 seramai 18,172 wanita diberi bantuan tersebut termasuk seramai 130 penerima one off armalah bagi meningkat sosio ekonomi.

“Sebagai contoh ada Dun memperuntukkan sebanyak RM10,000 pada 2016 bagi membantu armalah menjalankan perniagaan,” katanya di Kota Bharu.

Mumtaz juga berkata, kerajaan negeri turut menyediakan latihan melalui Pusat Latihan Wanita Armalah dan OKU Kelantan yang dibuka 1 Mei lalu di Bazar Buluh Kubu.

Menurutnya, pusat latihan terbabit menyediakan kemahiran jahitan, sulaman dan kulinari untuk armalah serta OKU.

“Projek tersebut merupakan jalinan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Kementerian Kewangan,” ujarnya.

Katanya juga sehingga sekarang bahagian sulaman dikendalikan empat petugas dan kulinari pula mengadakan 15 kelas sehari. – HARAKAHDAILY 13/7/2017