Sidebar

21
Thu, Sep
32 Artikel Baru

Husam PAN keliru alamat Climate Protector

Berita
Typography

PEMIMPIN parti serpihan secara berterusan menghangatkan lagi isu Syarikat Climate Protector Sdn Bhd (CP) yang menjalankan kerjasama perdagangan karbon dengan kerajaan negeri.

Terbaru Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa dilapor mendakwa alamat CP di PT327 Tingkat 1, Bangunan MPKB, Pasar Berek 12, Kota Bharu tidak wujud.

Mortazi IsmailSetiausaha Adun Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail berkata, berdasar kepada rujukan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) CP berada di bawah Erra Management & Secretarial Service sebagai setiausaha syarikat.

Katanya, pemimpin PAN terbabit menyebut Datuk Anuar Tan berbohong pada persidangan DUN mengenai alamat pendaftaran syarikat CP di Berek 12.

“Secara jelas Datuk Anuar menyebut alamat berdaftar. Bermakna itulah alamat yang syarikat CP daftarkan di SSM.

“Di sini jelas Adun Kota Lama tidak berbohong dalam dewan, bahkan Adun Salor yang cuba mengelirukan rakyat,” katanya di Kota Bharu.

Pada persidangan Dun Selasa lepas berlaku perbahasan hangat antara Husam dan beberapa penyokong kerajaan negeri termasuk Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) dan Anuar Tan.

Husam pada perbahasan itu menyifatkan alamat syarikat tersebut tidak wujud.

Mortazi juga berkata, secara jelas Syarikat Climate Protector didaftar di nombor 13, Bangunan MPKB, Pasar Berek 12 seperti disenarai di SSM.

Oleh itu beliau menyifatkan Adun PAN terbabit gagal memahami kenyataan Anuar Tan pada persidangan Dun baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 13/7/2017