Sidebar

27
Wed, Sep
32 Artikel Baru

Peguam sedia beri penjelasan isu karbon kredit

Berita
Typography

ANGGOTA parlimen Kota Bharu sedia memberi penjelasan kepada Adun Salor, Datuk Husam Musa mengenai memorandum perjanjian kerajaan negeri dengan sebuah syarikat berkaitan karbon kredit.

Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut bagi memberi penjelasan terhadap dakwaan tidak berasas seperti dicanang Adun terbabit pada persidangan Dewan Undangan Negeri minggu lepas.

Katanya, terdapat terma dalam perjanjian antara kerajaan dan syarikat terbabit hanya dapat difahami pengamal undang-undang.

"Orang bukan dalam bidang ini tidak akan faham, sebab itulah dia bercakap benda tidak benar mengenai perjanjian ini.

"Kalau Adun terbabit hendak tahu, saya sedia menjelaskan," katanya yang juga seorang peguam pada satu program ceramah pasca persidangan DUN di Kubang Kerian semalam.

Turut hadir pada ceramah di Dewan Dato' Mohd Daud Iraqi, Bandar Baru Kubang Kerian, anggota parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Selain itu Adun Demit, Mumtaz Md Nawi; Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Abdul Rahman Yunus, Naib Ketua, Ustaz Mohd Asri Daud dan Ketua Penerangan Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Pada Januari lalu kerajaan negeri menandatangani memorandum perjanjian dengan Climate Protector Sdn Bhd  bagi membuat kajian stok karbon di kawasan hutan seluas satu juta ekar di Kelantan. – HARAKAHDAILY 17/7/2017