19
Sat, Aug
13 Artikel Baru

PAS Sarawak gesa bangun pantai peranginan

Berita
Typography

DENGAN bentuk geografi yang meliputi 1,765 km kawasan pesisir pantai yang panjang dan juga cantik, Sarawak sewajarnya mempunyai Bandaraya Pelancongan Pesisir Pantai yang setaraf Port Dickson dan yang sewaktu dengannya.

Pembangunan industri pelancongan yang kini menjadi antara fokus utama kerajaan negeri dengan mencatakan jumlah pelancong seramai 4.8 juta orang (2016) serta menjana hampir RM11 billion (2016) perlu kepada pemfokusan dan perancangan pembangunan fasiliti yang lebih baik.

"Kerajaan negeri perlu mengambil peluang akan keindahan kawasan pesisir pantai Sarawak dengan melaksanakan pelan pembangunan pantai peranginan," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Muhammad Afiq Mhd Khazar dalam satu kenyataan.

Katanya, fokus utama perlu diberi dalam membangunkan jaringan jalan raya yang baik serta pembangunan fasiliti termasuk resort, kemudahan awam, restoran, taman tema dan sebagainya.

Menurutnya, kawasan yang dilihat berpotensi dibangunkan adalah pesisir pantai Bekenu-Miri yang mampu menarik pelancong dari Brunei, Sabah, Semenanjung Malaysia dan luar negara.

Tambahnya, dengan kehadiran pelancong asing ke Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah, kawasan Pantai Peranginan Bekenu-Miri ini nanti di anggap kawasan 'persinggahan' yang bakal dilawati oleh pelancong apabila dibangunkan.

"Ini akan dapat mengembangkan lagi sektor industi pelancongan negeri Sarawak pada masa akan datang," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 3/8/2017