19
Sat, Aug
13 Artikel Baru

Sokongan TBG: Pemuda PAS saksikan perlawanan

Berita
Typography

PEMUDA PAS Perak terus memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak Perak (The Bos Gaurus) pada perlawanan dengan PKNS FC dengan menyaksikan sendiri di Stadium Indera Mulia, Ipoh bersama anak-anak muda yang lain.

Bola sepak merupakan satu sukan yang mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang kerjaya, posisi komuniti bahkan ketika menyaksikan perlawanan masing-masing memberikan sokongan untuk melihat kemenangan.

Demikian menurut Pengarah DACS Perak, Abdul Qahr Syams ketika ditemui bahkan beliau mengharapkan The Bos Gaurus di bawah pengurusan Ahmad Shahrul Azhar mampu melakukan satu pembaharuan bagi negeri Perak.

"Peminat bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan adalah bukti sokongan padu kepada pasukan Perak menjulang piala kejuaraan sekaligus mengembalikan kegemilangan seperti satu ketika dahulu.

"Kemudahan surau bergerak yang disediakan adalah satu inisiatif terbaik namun kesedaran pengunjung untuk memanfatkannya masih tidak sepenuh bahkan boleh ditambah di beberapa lokasi lagi.

"Begitu juga surau dalam stadium juga boleh dinaiktarf bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung dan ia menjadikan satu usaha dakwah secara tidak langsung," ujarnya.

Department of Calture and Sport ( DACS ) Pemuda PAS Perak telah berkumpul seawal jam 7.00 malam tadi yang turut dihadiri Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar dan Pengarah DACS Perak, Abdul Qahr Syams serta pemuda PAS Kawasan seluruh Perak. – HARAKAHDAILY 5/8/2017

TBG 2