Syabas 'team' Penerangan Muslimat PAS Terengganu

Berita
Typography

KUMPULAN Aktivis Media Independen (KAMI) merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas usaha ‘team’ Penerangan dan Hubungan Media Muslimat PAS Terengganu meninjau Kompleks Bebas Cukai Pulau Bayas Tasik Kenyir supaya dapat melihat sendiri bagaimana ‘indahnya’ projek Pulau Bebas Cukai yang telah menelan ratusan juta wang rakyat Terengganu.

Dr Azman2"Dari segi media, ini dinamakan usaha untuk mendapatkan ‘first hand info’," ujar Pengerusi KAMI, Dr Azman Ibrahim.

Katanya, bukan sekadar dengar cakap, tapi tengok dengan mata sendiri agar laporan yang dipaparkan ada integriti dan mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang tinggi menepati etika media Islam.

"Saya nafikan muslimat ke Pulau Bayas untuk bersuka ria. Nak bersuka ria dengan apa? Bukannya ada tempat shoping pinggan mangkuk di Pulau Bayas! Yang ada hanya 6 orang pekerja Bangladesh," ujarnya lagi.

Nampaknya, kata beliau Umno terkesima dengan pendedahan media muslimat.

Tambahnya lagi, mereka ingat muslimat PAS yang bertudung labuh tak berani meredah Tasik Kenyir bagi membongkar penyewengan Umno, sebab itu mereka bagaikan terkejut dari mimpi.

"Sebagai Pengerusi KAMI, kita bersedia untuk terus membantu gerak kerja media Muslimat bagi menyampaikan mesej yang benar, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.

"Jangan pedulikan mereka yang mencela," tegasnya dalam tulisan menerusi laman web Buletin Online, semalam. - HARAKAHDAILY 8/8/2017

 

ky7

cukai1