19
Sat, Aug
13 Artikel Baru

RUU 164: Pembahagian harta akan jadi rumit

Berita
Typography

AHLI Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali membangkitkan permasalahan pembahagian harta mungkin akan menjadi rumit selepas Akta 164 diluluskan.

Ketika membahaskan perkara itu di peringkat jawatankuasa, beliau berkata, Islam ada kaedah di dalam bab perkahwinan dan penceraian bahkan segala perkara ini  diuruskan dengan cara yang baik.

Katanya, apabila salah seorang pasangan meninggal dunia maka pembahagian harta hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang mesti dibahaskan dan diberikan hak.

"Berlaku kematian orang Islam akan terikat dengan hukum faraid yang bukan sahaja melibatkan isteri, anak-anak dan ibu bapa tetapi di dalam peruntukan agama Islam adik-beradik juga boleh mewarisi harta tersebut.

"Saya lihat cadangan akta ini tidak dapat selesaikan masalah. Perlu dilihat pihak berkepentingan yang menurut hukum syarak pula mesti dirujuk apabila melibatkan orang muslim sebagaimana yang diperuntukan," jelas beliau.

Justeru katanya, beliau mencadangkan supaya ditambah dengan syarat pihak yang muslim membuat pembubaran di Mahkamah Syariah kemudian membawa keputusan itu ke Mahkamah Sivil. – HARAKAHDAILY 10/8/2017