Velodrome Rakyat: Pemuda PAS Perak kesal sikap KBS

HARAKAHDAILY | .

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menyatakan kekesalan di atas sikap lepas tangan dan lambat bertindak Kementerian Belia dan Sukan terhadap isu Velodrome Rakyat Ipoh yang terbiar dan semakin usang tidak terurus.

Ketuanya, Mohd Akmal Kamarudin berkata Velodrome Rakyat yang dibina hasil kutipan dermaan rakyat serta sokongan agensi dan premis-premis kerajaan dengan memakan belanja pembinaan RM3.25 juta tersebut pernah menjadi lokasi temasya Sukan Sea 1989, Piala Asia 2006 dan pelbagai lagi kejohanan bertaraf antarabangsa.

"Pemuda PAS Perak melihat dengan pembangunan semula Veldrome Rakyat ini dapat meraikan anak muda yang minat sukan ini malahan mungkin dapat melahirkan atlet berbasikal negara seperti Azizulhasni Awang," ujarnya.

Justeru, kata beliau Pemuda PAS Perak mendesak Kerajaan Barisan Nasional dapat mengurus isu ini dengan lebih efektif dan efisyen agar manfaat yang besar dapat dirasai oleh rakyat bukan untuk kepentingam peribadi. - HARAKAHDAILY 4/8/2015

Share on Myspace