26
Wed, Apr
27 Artikel Baru

Anggap spesies ikan asing sama seperti tumpahan minyak

Surat Pembaca
Typography

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan laporan berita akhbar berbahasa Malaysia, mengenai kerosakan kepada alam sekitar dengan pencerobohan spesies ikan asing, dalam kes ini ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) ke dalam sungai dan ekosistem kita.

Spesies asing yang memasuki biologi di mana mereka tidak pernah wujud sebelum ini boleh menjadi sukar untuk mengawal dan meramalkannya, yang boleh menyebabkan kesan bencana ekonomi, tetapi pihak berkuasa tidak melihat seperti itu. Salah satu bahaya besar ialah sesetengah spesies asing ini boleh menghasilkan sinergi dengan makhluk asing lain, dengan kesan bencana. Semakin banyak penceroboh berkumpul dalam ekosistem, ia boleh dijangkakan bahawa ia akan lebih merosakkan.

Penceroboh yang kelihatan tidak berbahaya selama bertahun-tahun mungkin tiba-tiba menjadi bahaya akibat perubahan faktor seperti perubahan iklim. Kehadiran ikan keli Afrika di dalam saliran air kita amat mengejutkan kerana ia merupakan pemangsa utama yang besar, dengan itu berpotensi menyebabkan ancaman serius kepada ikan asli. Nelayan tempatan kita mengalami hasil tangkapan yang rendah dan pulang dengan tangan kosong.

Menjadi pengumpan yang opoturnis, ikan keli Afrika akan memakan mana-mana spesies ikan yang begitu banyak. Ia bertindak balas dengan cepat kepada sumber makanan baharu yang boleh diperolehi dan akan menukar corak pemakanan untuk menyesuaikan dengan organisma yang boleh diperolehi dengan bebasnya. Ikan muda kebanyakannya memakan haiwan kecil yang tidak bertulang di kawasan pantai yang cetek. Pelbagai faktor yang menjadikan spesies ini amat sukar untuk dikawal: diet yang makan segala macam makanan, pernafasan udara secara langsung, kemampuan untuk berjalan di atas tanah, kemampuan untuk menggali dan bersembunyi di kawasan tumbuh-tumbuhan. Ikan keli Afrika seberat 2 kg boleh menghasilkan kira-kira 45,000 biji telur dengan ikan betina yang besar boleh menghasilkan telur yang lebih besar.

Tambahan pula, kajian yang dijalankan pada 1972 di Afrika Tengah menyarankan bahawa spesies ini mempunyai kesan negatif ekologi yang mendalam ke atas komuniti serangga akuatik, amfibia dan bilangan haiwan tidak bertulang. Kepelbagaian serangga dalam susunan Chleoptera telah dikurangkan sehingga 78% dan Hemiptera 66%.

Parasit juga direkodkan pada ikan keli ini, apabila ia dipindahkan boleh menyebarkan parasit ini  yang boleh membawa kepada kepupusan spesies ikan asli tempatan akibat kekurangan kekebalan kepada parasit baharu ini.

Kadar kecepatan pengenalan ikan asing yang belum pernah terjadi sebelum ini adalah ladang pembiakan ikan, pusat penetasan bagi tujuan komersial, pelepasan ke dalam sungai dan kolam oleh orang awam, import untuk perniagaan ikan akuarium dan menerusi pelbagai saluran lain.   

Kesan ikan keli Afrika dan spesies ikan asing lain dalam alam sekitar kita perlu dilayan sama dengan kebimbangan terhadap tumpahan minyak dan kesannya memerlukan lebih banyak penyiasatan dengan penekanan kepada memajukan teknik untuk mengawal penyebarannya.

Orang ramai, kumpulan sektor utama dan kerajaan kurang menghargai akan kos dan ekonomi dan kesan buruknya daripada masalah ini. Sebagai kesannya, kelewatan dalam pengesanan diperingkat awal dan kurangnya usaha tindak balas yang segera memberikan masa kepada penceroboh untuk membiak, meningkatkan bilangannya dan tersebar, menjadikan pembasmian atau kawalan menjadi amat sukar. Agensi negeri dan persekutuan perlu memantau pencerobohan baharu dan bertindak balas dengan cepat apabila menemuinya.

Banyak kerugian ini tidak direkodkan di masa lalu tetapi hari ini pihak berkuasa yang berkenaan mestilah menyedari kos ekologi daripada pencerobohan biologi dalam bentuk kerugian yang tidak dapat diperolehi kembali daripada kepelbagaian bioasli dan kemerosotan fungsi ekosistem. Meskipun penyebab asas ancaman spesies penceroboh ini ketara dan di peringkat global, ancaman ini boleh ditangani dengan berkesan melalui usaha kerjasama di peringkat tempatan dan serantau, terutaman sekali melalui pencegahan, pengesanan awal dan tindak balas cepat.

Gagal untuk menangani pencerobohan ini dengan berkesan bermakna gagal untuk memenuhi kriteria International Union for Conservation of Nature (IUCN).

SAM menggesa Kementerian Pertanian dan Jabatan Perikanan untuk menjalankan kajian ke atas saliran air kita di mana ikan keli Afrika pada masa ini boleh ditemui, dan spesies yang boleh memberikan kesan; untuk menghentikan penyebaran yang seterusnya pengenalan ikan asing dan kawalan ke atas kesan spesies sudah pun ada; dan untuk mencegah ikan daripada diperkenalkan ke dalam sistem di mana ia tiada. Terdapat keperluan untuk menghentikan ternakan ikan jenis ikan keli asing ini dan mengharamkan sepenuhnya import ikan keli Afrika dan semua spesies ikan asing.

SM Mohamed Idris
Presiden  Sahabat Alam Malaysia