Sidebar

21
Thu, Sep
32 Artikel Baru

Hijau.FM, Radioku Warnai Fikrahku

30 Tahun Harakah
Typography

Berlalu sudah "Malam Apresiasi Hijau.FM Bersama Tok Guru" pada 8 April 2017 bertempat di Hotel De Palma Ampang, Selangor yang telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, YBhg Tuan Guru Hashim Jasin. Turut hadir, Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad, Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor serta ADUN-ADUN PAS. Kelihatan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), pimpinan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (ikatan) dan pimpinan-pimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut hadir meraikan Malam Apresiasi Hijau.fm yang julung kali diadakan.

Tema "Radioku, Warnai Fikrahku" ditonjolkan pada program ini. Tuan Guru Hashim Jasin berkata pada ucapan perasmian beliau iaitu "semoga tema Radioku, Warnai Fikrahku oleh Hijau.FM ini dapat membentuk fikrah para pendengar Hijau.FM"

Antara yang menarik pada program ini ialah beberapa pengisian dari rancangan-rancangan Hijau.FM bertepatan dengan konsep acara "radio konti". Para hadirin dapat melihat penyiar-penyiar Hijau.FM dengan variasi gaya mengacara program mereka. Antaranya ialah rancangan "Celoteh Bersama KakG", Expresi, Khabar Dari Selangor, Khabar Dari Kelantan, InfoPromo, Kapsul Motivasi, Berita Semasa, dan pelbagai lagi. Lagi menarik, para hadirin ditunjukkan bagaimana sebuah "Drama Radio" yang diusahakan oleh Ketua Penerbit Rancangan, Azahari Abdullah.

Para hadirin juga agak terpegun dengan konsep "radio konti" yang dibawa dalam program ini. Tahniah kepada para Krew Hijau.FM yang berjaya membawa "kelainan" dari konsep yang biasa. Sudah pasti Hijau.FM ingin persembahkan kepada hadirin tentang bagaimana sesebuah radio dioperasikan terutama rancangan-rancangannya.

Tidak dilupakan juga persembahan qasidah dan juga slot "Kuliah Bersama Ustaz Hadi Talha" yang bermula pada 6.00 petang lagi dikendali oleh Penyiar Hijau.FM.

Hijau.fm adalah radio internet dan rakan strategik bicara Harakah sejak awal lagi.Sehubungan ini, krew bicara Harakah mengucapkan selamat majujaya kepada Hijau.fm yang berkecimpung dalam bidang penyiaran.