25
Sat, Mar
174 New Articles

PAS rakam takziah atas pemergian Syeikh Murtadza

Berita
Typography

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tuan Guru Datuk Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, bekas Mufti Negeri Sembilan semalam.

Kita menyaksikan kebaikan dan usaha yang telah dilakukan oleh Almarhum sepanjang hidupnya bagi menyuburkan perkembangan ilmu Islam. Perginya Almarhum dengan meninggalkan sejuta manfaat untuk ummah.

Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW:

إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta-merta mencabutnya daripada hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama.” [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
16 Jamadil Akhir 1438H / 15 Mac 2017 – HARAKAHDAILY 15/3/2017