Kerajaan PH pinggir Pantai Timur

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti mahu meminggirkan Kelantan, Terengganu dan Pahang apabila tidak banyak peruntukan besar disediakan dalam Belanjawan 2019.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Nazman Che Iberahim berkata, perkara seperti itu sudah lama berlaku di Malaysia Timur.

Katanya, ekoran peminggiran itu sehingga ada suara mendesak untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia.

“Hal ini sangat berisiko kepada sistem federalisma," katanya pada sesi temubual bersama Muhammad Rudin Siru pada rancangan Saya Suka Tanya (SST) yang disiarkan di Facebook, TVBaru di sini malam tadi.

Nazman juga berkata, situasi yang berlaku sekarang berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai satu kesedihan kepada golongan belia.

Kata beliau mahasiswa menjadi mangsa selepas apa yang dijanjikan pemimpin PH pada kempen Pilihan Raya Umum lepas tidak dilaksanakan. - HARAKAHDAILY 8/11/2018