DHPP tangani isu tanah penduduk Siam

Berita
Typography

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan akan mengambil inisiatif menangani isu pengambilan tanah penduduk Siam di Kampung Mentua oleh kerajaan Persekutuan.

Ketua Penerangannya Lim Chin Chua berkata, pihaknya akan bertemu Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Hasil rundingan itu kita akan maklumkan kepada penduduk Kampung Mentua Pengkalan Kubor,” katanya di sini.

Menurutnya juga DHPP sudah mengadakan perbincangan dengan penduduk setelah dimaklumkan mengenai masalah terbabit.

Oleh itu beliau yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan berharap penduduk Kampung Mentua dan sekitarnya bersabar memandangkan isu tersebut sudah diketengahkan kepada pihak berkaitan. - HARAKAHDAILY 10/12/2018