16
Sun, Jun
25 Artikel Baru

Ancaman pokok jati dibawa ke Dun

Berita
Typography

KANGAR: Isu pokok jati, sentang dan mohogani yang ditanam di tepi-tepi jalan utama dibangkit pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis hari ini.

Ustaz Mohd Ridzuan HashimUstaz Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) berkata, pokok tersebut seperti menunggu mangsa apabila berlaku ribut.

Katanya, pokok jati berusia lebih 10 tahun di kiri dan kanan jalan di biar pun bernilai tinggi namun boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.

“Ancaman juga boleh berlaku apabila pokok-pokok tumbang merentangi jalan raya semasa musim tengkujuh lebih-lebih lagi berlaku hujan serta ribut.

“Pada Mac lepas pihak berkuasa telah menebang hampir 1,000 pokok namun masih banyak lagi yang belum ditebang,” katanya pada persidangan Dun Perlis semalam. – HARAKAHDAILY 13/12/2018